Guan Eng Jadi Gila Kerana Psy

 Nik Aziz Nasihatkan Gangnan Psy Tutup Aurat – “Psy needs to tutup ‘her’ aurat” hahahaha @nikabdulaziz https://pakdin.my/?p=26255
Nik Aziz Nasihatkan Gangnan Psy Tutup Aurat – “Psy needs to tutup ‘her’ aurat” hahahaha @nikabdulaziz

Apabila ego yang terlalu tinggi bertembung dengan perasaan bimbang, dan keadaan terdesak, anda bolehlah menjangkakan kekecohan – di mana minda menolak untuk memahami potensi untuk kalah, jauh sekali menerima kekalahan.

Inilah puncanya kekecohan terjadi apabila Guan Eng telah terpaksa menangani fakta bahawa tema kempen DAP, iaitu ‘Ubah-Rocket Style’ yang diilhamkan dari lagu Korea nyanyian Psy yang kini menjadi fenomena, bertukar menjadi ‘lawan’ apabila MCA menjemput penyanyi tersebut untuk membuat persembahan di Pulau Pinang sempena meraikan Tahun Baru Cina.

Guan Eng jelas tidak dapat mengawal diri sejurus mendengar berita tersebut lalu menyeru mereka yang merancang untuk menghadiri persembahan itu pada Februari 11 agar memakai baju merah (sebagai menyokong DAP), kuning (sebagai menyokong BERSIH) dan hijau (sebagai membantah Lynas). Seperti yang dijangka, Guan Eng telah ditempelak oleh ‘orang-orangnya sendiri’ sehingga ada yang mula mempersoalkan kewarasannya.

Masalahnya, merah adalah warna ‘bertuah’ dalam kepercayaan kaum Cina dan sudah menjadi tradisi warna ini dipakai pada Tahun Baru Cina. Tetapi, kalaupun itu bukan masalahnya, siapakah yang akan memikirkan politik ketika menghadiri persembahan hiburan? Dan lagi, bukankah Guan Eng, sebagai seorang Ketua Menteri sepatutnya menyeru rakyat agar bersatu dan mengenepikan sentimen politik dalam menyambut Tahun Baru Cina?

Kita faham bahawa DAP telah bersusah payah melancarkan kempen bertemakan Gangnam. Parti itu juga telah berusaha membuat rakaman video, siap dengan pelakon yang meniru gaya Datin Seri Rosmah. Ianya dirakamkan sekitar KL termasuk stesen LRT dan telah melalui berbagai ‘kesusahan’ ketika pembikinan, antaranya, diarahkan berhenti oleh pihak berkuasa. Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, yang menerbitkan video tersebut begitu bangga memberitahu media bahawa video itu telah mendapat lebih 100 juta penonton dalam masa sebulan.

Jelas, mereka begitu bangga dengan diri mereka sendiri kerana mmapu mempermainkan orang lain dan merakamkannya ke dalam video serta memuat-naik ke internet untuk tontonan seluruh dunia. Bagi DAP, video kempen bertemakan Gangnam itu bagaikan sebuah ‘karya hebat’, atau kempen politik paling bijak yang pernah difikirkan oleh sebuah parti politik. (Ini mengingatkan kita kepada sang Namewee, mungkin dia juga layak menjadi Ketua Menteri)

Setelah ditempelak, kita menyangka yang Guan Eng akan bertenang dan berfikir semula dengan waras. Tetapi, sebaliknya, beliau menunjukkan tanda-tanda histeria. Siapa yang menyangka beliau boleh mengarahkan sesuatu yang paling bahlol iaitu supaya semua tentera sibernya memberi tekanan kepada Psy melalui facebook artis itu agar membatalkan persembahan di Pulau Pinang?

Psy adalah seorang penyanyi, seorang artis, selebriti dari negara asing, tidak perlulah mengaitkan beliau dalam kegilaan politik DAP. Tidak cukupkah Guan Eng memalukan partinya, perlukah beliau memalukan seluruh rakyat Malaysia juga?

Mungkin Guan Eng perlu menjalani pemeriksaan jiwa. Mungkin semua kuasa yang ada itu tidak tertanggung oleh dirinya sehingga ego semulajadinya yang sedia menjulang telah mencapai tahap tertinggi dan mula menimbulkan masalah. Lihat saja sikap dan tindakan Guan Eng akhir-akhir ini:

Mula-mula Guan Eng menyangka yang Pulau Pinang itu adalah miliknya seorang, di mana sesiapa sahaja yang ingin menggunakan nama Pulau Pinang perlu mendapat kelulusannya. Adakah ini bermakna Penang Char Koey Teow, Penang laksa, Penangn Run dan Penang Swimming Club semua miliknya? Tentulah tidak.

Sesetengah nama itu telah pun digunakan sebelum Merdeka lagi dan sebelum Guan Eng berpindah dan bermastautin di Pulau Pinang. Nama sebuah negeri bukan, dan tidak boleh sama sekali menjadi milik sesiapa. Justeru, Guan Eng tidak dan tidak boleh memiliki Pulau Pinang, tetapi beliau hanya diletakkan di tempatnya oleh rakyat Pulau Pinang untuk bekerja untuk mereka.

Jika kita mengambil logik Guan Eng, maka setiap kamus dan laman web di dunia haruslah mendapatkan kelulusannya sebelum mencetak perkataan ‘Penang’. Bagaimana jika nama USA atau China atau Malaysia juga perlu diluluskan setiap kali kita ingin menggunakannya?

Apa lagi yang boleh ditafsirkan dengan logik Guan Eng ini selain dari percubaan mengenakan, menunjukkan dan melaksanakan kuasa diktatornya, termasuk ke atas sesuatu yang melangkaui kuasanya.

Namun, kita tidak dapat mengelak dari merasakan ada sesuatu yang lebih lagi dari sekadar masalah tekanan ego berlebihan seorang diktator apabila Guan Eng menyatakan bahawa sesiapa yang memakai warna merah pada Tahun Baru Cina bermakna mereka menyokong DAP.

Merah hanyalah warna, ia tidak dimiliki oleh sesiapa atau mana-mana parti. Sekurang-kurangnya, Guan Eng boleh membeli Pulau Pinang jika teringin sangat menjadikan pulau itu sebagai milik persendirian, tetapi Guan Eng tidak mungkin boleh membeli hak ke atas ‘warna merah’.

Apakah Psy telah menyebabkan Guan Eng menjadi gila?

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...