Pandangan Ulama Mengundi Pas Itu Haram Wajar Dibincang Secara Muzakarah - pakdin.my

ABDULLAH SA‘AMAH
ABDULLAH SA‘AMAH

Pandangan beberapa golongan ulama yang menganggap memberi undi kepada parti PAS itu adalah haram, wajar dibincang secara muzakarah.

Selama ini ulama PAS menganggap mengundi Umno adalah haram, tetapi sekarang ini ternyata ada pandangan lain yang menyatakan memberi undi kepada PAS itu haram hukumnya.

Semua orang patut pandang serius perkara ini. Biarlah berlaku lagi perbahasan ataupun muzakarah yang lebih mendalam tentang pandangan berkenaan. Apakah rasionalnya hujah dari segi hukum, hujah berdasarkan nas, Al-Quran dan sebagainya bagi mengiakannya.

Yang jelasnya mengundi PAS ertinya menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang manifestonya membenarkan kalimah Allah digunakan dan kita akan lihat orang bersyarah menggunakan perkataan Allah tanpa merujuk konsep Allah yang kita fahami dalam agama Islam,” katanya.

Laporan akhbar Rabu bahawa para ulama, tok guru pondok , imam dan ustaz muda yang menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Kelantan mengisytiharkan bahawa haram memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

UTAMAPOLITIKPandangan Ulama Mengundi Pas Itu Haram Wajar Dibincang Secara Muzakarah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium