Bukan Sekadar Manifesto, Tapi Aku Janji Yang Akan Diadili Tuhan @NajibRazak

manifesto-bn-inside

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini bukanlah sekadar manifesto, tapi merupakan aku janji yang akan diadili rakyat dan Tuhan, jika tidak diterjemahkan selepas mendapat mandat baharu pada 5 Mei ini.

Perdana menteri berkata sejak beliau memperkenalkan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sejak empat tahun lepas, ia bukanlah sekadar slogan, tetapi satu falsafah bagi memacu negara mencapai negara maju menerusi pelbagai program transformasi yang dirancang.

Najib berkata menerusi Manifesto BN berdasarkan falsafah 1Malaysia itulah, kerajaan BN akan menterjemahkannya supaya rakyat dan negara terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan.

“Manifesto BN juga bukahlah sekadar janji, tapi saya kata ia adalah aku janji. Aku janji itu bukan saja akan diadili rakyat tetapi Allah di akhirat nanti. “Dan kita buat aku janji, lima tahun lagi kita akan buat lebih baik lagi,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat dan melawat projek tebatan banjir di Sungai Isap, Kuantan, di sini, Khamis. Najib berkata projek tebatan banjir bernilai RM78 juta itu juga merupakan program berdasarkan falsafah 1Malaysia yang mengutamakan rakyat, dengan menyelesaikan masalah penduduk di kawasan berkenaan.

Selepas siap dua tahun lepas, perkampungan Sungai Isap yang meliputi kawasan perumahan dan penempatan tradisonal yang didiami lebih 15,000 penduduk itu, tidak lagi mengalami banjir.

Najib berkata kerajaan BN akan terus membawa perubahan apabila diberi mandat baharu nanti berdasarkan aku janji berkenaan.

“Adakah semua kerajaan sama? Tak akan semua kerajaan sama! Ada kerajaan yang boleh merancang, tersusun, ada idea, mampu melaksanakan, ada pula yang suka berjanji, janji berjela-jela, janji bulan dan bintang, tambah lagi dengan cakerawala, ada yang cakap macam madu, tapi racun sebenarnya,” katanya.

Program sehari suntuk Najib di Pahang hari ini dilihat amat bermakna apabila beliau sendiri menyaksikan program transformasi yang dilakukan benar-benar dilihat memberi manafaat besar kepada rakyat.

Terdahulu sebelum majlis itu, beliau melawat Terminal Bas Kuantan Sentral di bandar Indera Mahkota bernilai RM55 juta, yang juga merupakan projek transformasi pengangkutan, dalam usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam di Kuantan.

Pada tengah hari tadi beliau melawat Kompleks Automatif DRB-HICOM d Pekan, yang bermula dengan hanya sebuah kilang kecil pada 1984, kini ternyata memberi manfaat besar kepada negara yang bakal menyumbang pulangan RM12 bilion kepada pendapatan kasar negara (GNI) menjelang 2015.

Najib berkata apa yang penting ialah kerajaan akan terus berusaha memakmurkan dan mensejahterakan negara, mengembangkan hasil, dan apabila hasil negara bertambah, maka rakyat yang akan menikmatnya kelak.

Sementara itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika berucap pada majlis di Sungai Isap itu berkataprojek tebatan banjir berkenaan berjaya menangani masalah banjir yang sering berlaku di kawasan itu.

Beliau berkata banjir buruk pada 2001 menyebabkan kerugian harta benda berjumlah RM35 juta, serta melibatkan pemindahan mangsa banjir seramai 9,000 mangsa.Kini, Adnan berkata dengan adanya projek tebatan itu, lebih 15,000 penduduk di kawasan berkenaan tidak perlu lagi bimbang kawasan itu akan dilanda banjir.

Facebook Comments

BERKAITAN

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...