Foto Mayat Osama Dipertikai - pakdin.my

 

Setelah jenazahnya disemadikan di Laut Arab, timbul pula laporan foto yang didedahkan semalam bukan individu yang diburu sejak 10 tahun lalu.

Gambar yang dipercayai mayat pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden, dipertikaikan media tempatan dan juga antarabangsa.

Selain stesen televisyen Pakistan, Geo TV, beberapa akhbar termasuk di Britain,  menarik balik foto yang dianggap palsu selepas menyedari ia sama seperti yang disebarkan pada 2009.

Gambar sebenar mayat pemimpin Al-Qaeda itu kini didakwa masih dalam simpanan White House.

Ini gambar yang tersebar sejak berita pembunuhan Osama Bin Laden dilaporkan.

“The Guardian” mendedahkan, imej palsu berkenaan pertama kali disiarkan akhbar online “themedialine.dot.com” pada 29 April 2009.

Ia diubahsuai daripada gambar asal Osama pada 1998 yang diperoleh daripada agensi berita Reuters.

Pendedahan turut menunjukkan, satu lagi wajah mayat yang digunakan bagi menghasilkan imej palsu berkenaan.

Ia jelas berbeza dengan perincian mayat Osama yang digambarkan oleh pegawai Amerika Syarikat kepada ABC News.

Mayat berkenaan mempunyai kesan cedera atas mata kiri sehingga menampakkan bahagian otak serta darah.

White House kini berdebat sama ada mahu menyiarkan atau terus merahsiakannya.

 

UTAMABERITAFoto Mayat Osama Dipertikai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium