Mayat ditemui dengan kesan tikaman di dalam kereta Mercedes Benz - pakdin.my

 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditikam dalam pertengkaran dengan seorang lain dekat sebuah pusat membeli belah di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata mangsa, Wong Fook Lum, 55, beralamat di No.25 Jalan 22/47, Taman Len Seng, Cheras maut di tempat kejadian selepas ditikam di rusuk kanan.

Zainuddin berkata menurut seorang penjual ais krim, 33, mangsa dilihat bertengkar dengan suspek yang berusia lingkungan lewat 50-an di Jalan 1/77B, Off Jalan Imbi.

“Dalam pertengkaran itu, saksi melihat suspek memegang sebilah pisau sebelum mangsa sempat masuk ke dalam keretanya,” katanya kepada pemberita.

Zainuddin juga berkata, selepas itu suspek melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Akta Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

pembunuhan-berhampiran-times-square

UTAMABERITAMayat ditemui dengan kesan tikaman di dalam kereta Mercedes Benz

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium