Friday, June 21, 2024
26.6 C
Kuala Lumpur

Najib bertemu CEO Facebook, bincang potensi kerjasama- pakdin.my

najib-Mark Zuckerberg najib-Mark Zuckerberg-2

SAN FRANCISCO  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan peribadi dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zuckerberg di ibu pejabat media sosial gergasi itu di Menlo Park pada Selasa.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dalam kenyataan di sini berkata Najib dan Zuckerberg membincangkan mengenai usaha kerjasama yang kemungkinan boleh dilakukan antara Facebook dan Malaysia.

Perbincangan berkisar terhadap usaha untuk merapatkan jurang digital dan mendekatkan kemudahan Internet serta peluang-peluang digital lain kepada mereka yang tidak berhubungan setakat ini.

Pertemuan itu sebahagian daripada siri perbincangan peringkat tinggi, demonstrasi dan pengumuman yang membentuk lawatan perdana menteri ke Silicon Valley anjuran MDeC. Perbadanan itu merupakan pemacu Inisiatif Ekonomi Digital Malaysia, Digital Malaysia dan inisiatif ICT negara, MSC Malaysia.

Facebook merupakan laman yang paling banyak dikunjungi di Malaysia dan mempunyai pengguna sebanyak 12,747,100 setakat ini, meletakkan negara di tempat ke-18 dalam kedudukan statistik Facebook mengikut negara.

Perkhidmatan jaringan sosial dalam talian, Facebook, diasaskan pada Februari 2004 oleh Zuckerberg dengan rakan-rakan sebiliknya di kolej dan penuntut Harvard University, Eduardo Saverin, Andrew McCollum, Dustin Morkovitz dan Chris Hughes.

Najib kemudian melawat satu lagi ibu pejabat media sosial gergasi, Google, di Mountain View, tidak jauh dari bandar raya San Francisco.

Perdana menteri dibawa meninjau kawasan kompleks dan mengadakan pertemuan dengan para pegawai kanan Google. Difahamkan perbincangan berjalan dengan baik mengenai kerjasama kedua-dua pihak.

Beliau juga mengambil peluang untuk bertemu dan berbual dengan sembilan warga Malaysia yang bekerja di pejabat Google.

Menurut mereka, terdapat lebih daripada 20 rakyat Malaysia bekerja dengan Google dalam bidang-bidang berkaitan IT.

Quddus Chong, pengatur cara komputer dari Sarawak, berkata beliau menyertai Google 18 bulan lepas setelah bekerja sekian lama di Amerika. Beliau mengikuti program ijazah dan lepasan ijazah di negara ini.

Norzaini Suhaimi dari Kota Baharu Kelantan telah bekerja di Google untuk beberapa tahun.

Katanya beliau suka bekerja di Google kerana majikannya sentiasa memberikan sokongan baginya untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kerjaya.

Dr Tejinder Kaur Judge dari Kuala Lumpur yang menyertai Google selepas menghabiskan penyelidikan PhDnya di tempat itu, berkata beliau seronok bekerja di situ dan tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan dengan kehidupan di situ.

Sementara itu Andi Jusniar, rakyat Indonesia yang suaminya warga Malaysia dan berkeja di sebuah syarikat lain berkata beliau mahu bekerja di Google selama mana yang beliau mampu.

Yok Lian Lee dan Cythia Lim berkata mereka tidak terlalu rindukan makanan di Malaysia kerana “ada restoran daun pisang terletak berhampiran dan ia juga menjual roti canai beku.”

Mereka berkata mencari tempat tinggal dan rumah untuk disewa juga tiada masalah walaupun kos kehidupan agak tinggi.

Najib yang kelihatan gembira berjumpa dengan rakyat Malaysia itu, meluangkan masa seketika untuk berbual-bual dengan mereka.

Perdana menteri kemudian diberi peluang menaiki kereta Google, sebuah kereta hibrid dipandu sendiri selama kira-kira 20 minit dengan ditemani seorang pegawai eksekutif Google sekelilig kawasan itu.

Semalam Najib melawat pejabat dan ibu pejabat korporat Twitter di Market Street, di sini dan di situ beliau menghantar dua tweet kepada 1.7 juta pengikutnya di Malaysia dan di seluruh dunia.

Najib yang dalam rangka lawatan ke San Francisco dan New York dari Sept 22 hingga 29 Sept juga telah merasmikan Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (BIO-IAP) 2013,di sini pada Selasa.

Berkaitan

Popular

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

Topik

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.