Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALNafi Berita Palsu: Wartawan...

Nafi Berita Palsu: Wartawan Utusan Buat Laporan Polis terhadap Ng Suee Lim - pakdin.my

SHAH ALAM: Wartawan Utusan Malaysia Biro Selangor, Abdul Yazid Alias, 31, pada Khamis membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim kononnya dia mereka-reka berita berhubung ulasan wakil rakyat DAP itu tentang pengguguran Datuk Dr Hassan Mohamed Ali sebagai Pesuruhjaya PAS negeri.

Abdul Yazid membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 pada pukul 3.30 petang dan keluar dari balai tersebut pada pukul kira-kira dua jam kemudian.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Biro Utusan Malaysia Selangor, Helmi Mohd. Foad dan wartawan sambilan Utusan Malaysia, Abdul Razak Idris.

Abdul Yazid berkata, laporan tersebut dibuat sebagai menafikan dakwaan wakil rakyat tersebut bahawa tiada wartawan akhbar itu menemui atau menghubunginya bagi mendapatkan bahan berita yang tersiar pada Selasa lalu bertajuk `Pengguguran Hassan disambut baik DAP’.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk melaga-lagakan PAS dan DAP ekoran penulisan berita itu sebaliknya hanya mendapatkan pandangan DAP dalam isu pengguguran Hassan.

“Saya sememangnya kebetulan menemui Ng pada 13 Jun lalu di sebuah kedai runcit di Seksyen 9 yang berdekatan dengan pejabat Utusan Malaysia di sini dan sebagai wartawan saya mengambil inisiatif bertanyakan pandangannya sebagai wakil rakyat DAP mengenai penguguran Hassan.

“Saya sudah lama mengenali wakil rakyat itu dan kami saling mengenali malah saya sendiri sebelum ini pernah menemuinya dan menghubunginya sebagai wartawan Utusan Malaysia,” katanya.

Laporan polis berkenaan dibuat ekoran kenyataan Ng seperti yang dilaporkan oleh portal berita, Malaysiakini pada Khamis bertajuk, `Berita Palsu: ADUN Sekinchan buat laporan polis’.

Ng membuat laporan polis semalam terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ia menyiarkan berita palsu supaya DAP dan PAS berbalah.

Laporan akhbar itu kelmarin menyebut Ng menganggap pengguguran Hassan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor akan memantapkan hubungan pakatan pembangkang di negeri ini.

“Bukan kita (DAP) tidak suka, tetapi saya dengar dia tidak bagus dan jarang turun padang. Namun, saya yakin dengan perubahan pimpinan PAS negeri ini akan memantapkan parti pembangkang di Selangor,” katanya.

 

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480