Utama NASIONAL Guru Agama Maut Motorsikal Digesel Lori Di Kuala Ketil, Kedah

Guru Agama Maut Motorsikal Digesel Lori Di Kuala Ketil, Kedah


Di Sungai Petani, Kedah, seorang guru agama maut apabila motosikal ditungganginya bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Akibatnya mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Nahas berlaku jam 1.30 petang tadi.

Mangsa Rashid Awang, 75 ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya setelah selesai  mengajar kelas agama di Kuala Ketil.

Mangsa yang parah di bahagian kepala dan badan, di sahkan meninggal dunia di  tempat kejadian.

Pemandu lori terbabit pula melarikan diri  sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Muda.

 

Exit mobile version