Statistik Corona

Malaysia
2,156,678
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
1,933,713
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
198,284
Active
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Malaysia
24,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,204,116
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Indonesia
4,017,055
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Indonesia
141,258
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Thailand

Thailand
1,537,310
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Thailand
1,393,902
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
Thailand
16,016
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

Global

All countries
231,526,064
Confirmed
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
All countries
206,496,795
Recovered
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm
All countries
4,745,040
Deaths
Updated on September 24, 2021 14:04 2:04 pm

45 individu disiasat susuli serbuan di rumah urut, cawangan hiburan awam tanpa lesen

SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap 45 individu menyusuli operasi penguatkuasaan merata Singapura ke atas 42 rumah urut dan sembilan cawangan hiburan awam antara 9 Ogos dengan 15 Ogos, menurut polis dalam satu kenyataan media hari ini (20 Ogos).

Ini termasuk cawangan tidak berlesen yang berkonsep KTV di Chang Charn Road di mana empat wanita berusia antara 30 dengan 33 tahun diberkas atas dakwaan bertugas tanpa permit kerja yang sah.

Lagi 11 individu dari premis-premis tersebut sedang disiasat atas dakwaan melanggar sekatan COVID-19.

Serbuan dilakukan antara 9 Ogos dengan 15 Ogos. (Gambar: SPF)

Seorang lelaki 40 tahun juga ditahan atas kesalahan-kesalahan di bawah Akta Hiburan Awam dan Akta Kawalan Minuman Keras (Bekalan dan Pengambilan), kerana disyaki terlibat dalam pengurusan cawangan hiburan awam tidak berlesen.

Selain itu, sebanyak 17 rumah urut dipercayai melanggar beberapa peraturan di bawah Akta Rumah Urut dan Peraturan COVID-19 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020.

Tiga daripada cawangan-cawangan itu beroperasi tanpa lesen sah dan perintah tutup 10 hari akan dikenakan ke atas sebuah cawangan yang dipercayai gagal memastikan kesemua pelanggannya memakai pelitup ketika menjalani sesi urut.

Siasatan-siasatan ke atas 29 individu, termasuk para pengendali, tukang urut dan seorang pelanggan sedang dijalankan.

Di bawah Seksyen 5(4) Akta Rumah Urut, mereka yang didapati menjalankan perniagaan yang menyediakan khidmat urut tanpa lesen sah boleh didenda S$10,000 atau dijel sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Atas kesalahan tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat di bawah Peraturan COVID-19 (Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020, para pesalah boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan-kesalahan membekalkan minuman arak tanpa lesen sah dan menyediakan hiburan awam tanpa lesen sah membawa denda sehingga S$20,000 setiap satu.

Polis menegaskan ia secara konsisten mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas rumah-rumah urut dan KTV haram untuk membanteras kegiatan maksiat dan haram.

– CNA/SM/sm

Berkaitan