#MH370: Pentagon pertimbang hantar pengesan sonar - pakdin.my

SALAH satu sistem "Towed Pinger Locator" (TPL-25) yang berkemampuan mengesan objek sehingga kedalaman maksimum 20,000 kaki.
SALAH satu sistem “Towed Pinger Locator” (TPL-25) yang berkemampuan mengesan objek sehingga kedalaman maksimum 20,000 kaki.

WASHINGTON: Pentagon sedang mempertimbangkan permintaan dari Malaysia untuk peralatan dan teknologi pengesan sonar bagi mempertingkatkan lagi misi mencari pesawat MH370.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta peralatan pemantauan dasar laut itu menerusi panggilan telefonnya dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Chuck Hagel, malam tadi.

“Tiada permintaan spesifik dibuat mengenai jenis peralatan yang diperlukan. Ia hanya permintaan umum kepada kita untuk membantu (Malaysia) bagi mengesan serpihan atau kotak hitam,” kata jurucakap Pentagon, Laksamana Muda John Kirby kepada Reuters hari ini.

 “Setiausaha Pertahanan berkata beliau akan menimbang permintaan itu, dan itu bermakna kita perlu melihat apa-apa bantuan yang boleh disalurkan dan mampu untuk membantu. Selepas ini, beliau akan berhubung balik dengan menteri berkenaan,” katanya.

Tentera Laut AS mempunyai sistem sonar yang aktif dan pasif untuk mengesan objek di lautan berdasarkan bunyi ‘pings’ dan mengesan bunyi pantulan berkenaan.

Salah satu sistem dikenali “Towed Pinger Locator”, yang digerakkan di belakang kapal dan digunakan untuk mendengar sebarang bunyi di kedalaman sehingga 20,000 kaki (6000 meter), demikian menurut laman web tentera laut AS.

Tentera AS menawarkan bantuan teknologi berkenaan kepada Perancis ketika usaha mencari kotak hitam pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik pada Jun 2009.

UTAMABERITA#MH370: Pentagon pertimbang hantar pengesan sonar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium