Dewan Negara: Kos Operasi Di Lahad Datu Tidak Terlepas Daripada Di Audit – Shahidan

parlimen-malaysia

Setiap perbelanjaan daripada peruntukan untuk menjayakan Ops Daulat susulan pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal tahun lepas, tidak terlepas daripada diperiksa Jabatan Audit Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata pengauditan ke atas perbelanjaan aktiviti pasukan keselamatan yang terlibat juga dibuat secara spesifik, bukannya bersepadu.

“Insiden di Lahad Datu merupakan pencerobohan pengganas secara berkumpulan dan kesiapsagaan ketenteraan melibatkan kerjasama banyak pihak, yang tentunya menggunakan peruntukan yang banyak.

“Namun, Jabatan Audit dari semasa ke semasa membuat pengauditan secara langsung terhadap projek dan aktiviti jabatan atau pasukan keselamatan yang terlibat, malah memberi jaminan tiada satu pun aktiviti terlepas daripada pandangan dan perkiraan mereka,” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Saiful Izham Ramli pada sidang Dewan Negara di sini Selasa.

Saiful Izham ingin tahu sama ada Jabatan Audit Negara terlepas pandang terhadap ‘ribuan juta ringgit’ yang dilaburkan kerajaan yang dilihat tidak membawa sebarang kesan kepada keadaan keselamatan negara, contohnya kes Lahad Datu dan MH370.

Shahidan berkata jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Kementerian Pertahanan bagi operasi itu adalah sebanyak RM89.4 juta, Polis Diraja Malaysia (RM30.1 juta), Kementerian Dalam Negeri (RM49.9 juta) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia RM6.4 juta.

Beliau berkata Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang diwujudkan bagi memantau dan menyelaras operasi pasukan keselamatan selepas insiden itu telah diberikan peruntukan sebanyak RM2.9 juta.

Namun, sejumlah RM17 juta telah dikembalikan kepada Unit Perancang Ekonomi selepas operasi ditamatkan, katanya.

Dalam pada itu, Shahidan meminta Saiful Izham supaya membetulkan penggunaan perkataan ‘ribuan juta’ yang digunakan dalam soalannya kerana ia boleh mendatangkan kekeliruan kerana jelas bertentangan dengan jumlah sebenar peruntukan yang diberikan.

“Dakwaan ribuan juta digunakan tidak tepat sama sekali sebab ia sebenarnya merujuk kepada perbelanjaan mencecah bilion ringgit… itu tidak benar,” katanya.

Berhubung perbelanjaan bagi operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, Shahidan berkata beliau tidak mempunyai statistik berkenaan kerana MAS tidak berada di bawah bidang kuasa Jabatan Audit Negara.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...