Warga Indonesia Teruja Buang Undi Pemilu #RamePilih2 #Pemilu - pakdin.my

pemilu-2014-kl

Warga Indonesia yang berada di negara ini tidak melepaskan peluang untuk membuang undi dalam pengundian awal pemilihan umum (Pemilu) Presiden Indonesia di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Tun Razak dan Sekolah Indonesia di Lorong Tun Ismail di sini pada Sabtu.

Proses Pengundian bermula pada 9 pagi dan berakhir pukul 5 petang.

Seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Nadif, 38, berkata, dia dan rakan terkejut dengan kebanjiran warga Indonesia pada Pemilu kali ini berbanding yang lalu.

“Warga Indonesia mula prihatin terhadap negara dan mahu sesuatu yang baru.

“Walaupun sudah lama di Malaysia tetapi saya mahukan sesuatu yang baru di tempat kelahiran di Gresik, Jawa Timur.” katanya yang berkerja di negara ini sejak 21 tahun lalu.

Seorang pelajar, Willy Deslita pula teruja untuk mengundi buat pertama kali.

Dia dan rakannya iaitu Anggrela Veronica berharap Pemilu kali ini akan menjadikan Indonesia lebih maju dari segi ekonomi dan pembangunan.

UTAMAWarga Indonesia Teruja Buang Undi Pemilu #RamePilih2 #Pemilu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium