Lim Guan Eng Beri Kebenaran Guna Kalimah Allah Di Pulau Pinang - pakdin.my

MAT-Sabu-LIM-Guan-Eng

PULAU PINANG – Selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pihak berkuasa agama dan orang Islam tidak boleh menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini pula tampil dengan pendirian sama.

Katanya, orang bukan Islam di negeri ini boleh menggunakan kalimah Allah kerana enakmen yang ada hanya terpakai kepada orang Islam.

Beliau bagaimanapun berkata, walaupun tidak ada larangan penggunaan kalimah Allah di negeri ini, secara tradisinya perkataan itu tidak digunakan kerana bukan budaya tempatan.

Menurutnya, perkara itu telah diperincikan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004.

“Sekalipun jika menyebut, bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan berkenaan, ini tidak boleh dikuatkuasakan kerana enakmen berkenaan hanya sah terhadap orang Islam,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Kelmarin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah dalam program anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di sini turut menyokong bukan Islam di negara ini menggunakan kalimah Allah dan katanya pihak berkuasa dan umat Islam tidak boleh menghalang perkara berkenaan.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga tidak pernah meluluskan sebarang undang-undang bagi membenarkan enakmen berkenaan dilaksanakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri ini.

Dalam masa sama, beliau menyifatkan isu penggunaan kalimah Allah tidak serius di negeri ini kerana penganut Kristian sejak sekian lama menjalankan upacara sembahyang dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMALim Guan Eng Beri Kebenaran Guna Kalimah Allah Di Pulau Pinang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium