PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Kes saman Anwar – Anifah: Ronald Kiandee ditawar RM5j lompat parti

    Ronald Kiandee
    Ronald Kiandee

    Bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang yang ‘megalomaniac’ (gila kuasa).

    “Secara peribadi saya percaya beliau (Anwar) seorang yang ‘megalomaniac.’ Saya percaya, plaintif(Anwar) hanya mengambil berat terhadap agenda peribadinya iaitu untuk me­ngambil alih Putrajaya ‘dengan apa cara sekalipun’ sebagaimana memetik kata-katanya sendiri dan meng­anggap dirinya sebagai bakal Perdana Menteri,” kata beliau.

    Zahrain, 59, yang merupakan bekas Ketua PKR negeri Pulau Pinang dan kini memegang jawatan Duta Malaysia di Indonesia berkata, beli­au secara peribadi berpendapat An­war bukan seorang yang boleh dipercayai selepas berpeluang be­ker­ja dengannya dalam parti tersebut.

    Jelasnya, beliau percaya kata-kata ‘dengan apa cara sekalipun’ bermaksud bahawa Anwar akan menggunakan apa jua untuk memastikan bahawa parti gabungan PKR akan membentuk kerajaan Persekutuan melalui tindakannya untuk mendapatkan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti.

    Zahrain berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta Anwar terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman atas kapasiti peribadinya ke­rana mendakwa Anifah memfitnahnya ketika sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Hillary Clinton semasa lawatan kerja ke negara tersebut pada 2009.

    Dalam saman tersebut, Ketua Pembangkang itu selaku plaintif mendakwa, Anifah yang dinamakan sebagai defendan da­lam sidang akhbar itu menya­takan beliau pernah mena­warkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepadanya sebagai ‘um­pan’ melompat parti selepas Pi­lihan Raya Umum 2008.

    Dalam keterangannya, Zahrain selaku saksi defendan keenam ber­kata, sekitar 2008, beliau sedar bahawa plaintif telah berjanji untuk memberi ganjaran kewangan kepada beberapa ahli Parlimen BN untuk lompat parti dan sebahagiannya turut ditawarkan jawatan-jawatan tertentu sekiranya parti plaintif berjaya membentuk kerajaan.

    Menjawab soalan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Anifah, Zahrain berkata, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ada memberitahunya bahawa beliau telah ditawarkan wang serta jawatan oleh PKR untuk menyertai parti pembangkang.

    Menurutnya, perkara berhubung penubuhan kerajaan 16 September 2008 itu telah ditimbulkan oleh beliau semasa sidang Dewan Rakyat pada 18 Mac 2010 dan menekankan bahawa ahli-ahli Parlimen tidak se­patutnya terpengaruh dengan plaintif.

    “Saya yakin bahawa ini adalah salah satu percubaan plaintif dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia,” kata beliau sam­bil menambah plaintif hanya bermi­nat untuk memenuhi agenda pe­ri­ba­dinya sendiri dan tindakan plaintif tidak ada kena mengena dengan kepentingan negara dan rakyat.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee selaku saksi defendan kelima memberitahu, beliau ditawarkan RM5 juta untuk lompat parti de­ngan menyertai PKR dan tawaran itu diterima daripada pihak ketiga melalui panggilan telefon.

    “Pemanggil tersebut berkata dia daripada PKR. Saya tidak ingat namanya tetapi suara dia bercakap seperti orang Sabah.

    “Saya kemudian memaklumkan kepada polis Cawangan Khas (SB) berhubung panggilan telefon tersebut dan menyerahkan nombor telefon pemanggil yang tertera di dalam log telefon saya,” kata beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

    Menurut Ronald, 53, beliau tidak mengingati secara tepat tarikh panggilan itu tetapi sebelum 16 September 2008.

    “Saya tidak menghiraukan sangat panggilan itu kerana saya tahu bahawa saya tidak akan lompat parti, walau apa pun yang ditawar­kan. Ia tidak terfikirkan. Saya ti­dak membuat susulan terhadap panggil­an berkenaan selepas itu,” ujarnya dalam kenyataan saksinya.

    Terdahulu, Ronald membe­ri­ta­hu, Anifah memang ada berbual (me­lalui telefon) dengan seseorang bernama Tony Vun kerana beliau ketika itu antara ahli kumpulan bersama menteri tersebut yang akan ke luar negara.

    “Saya tidak mengenali dia (Tony) tetapi defendan (Anifah) memberi­tahu kami bahawa Tony Vun meng­hubunginya bagi pihak plaintif. Plaintif kemudian bercakap dengan defendan dan menawarkan beliau jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya defendan menyer­tai Pakatan Rakyat,” katanya.

    Menjawab soalan lain, Ronald mengakui pernah satu ketika iaitu sewaktu berada di lounge Hotel Hilton Kuala Lumpur bersama-sama Anifah; Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi dan seorang lagi, ada seorang lelaki tinggi yang memakai topi besbol menghampiri mereka dan bercakap dengan Anifah.

    “Saya tidak mendengar perbualan mereka, ia lebih dari lima minit. Selepas lelaki itu meninggalkan

    mereka, defendan memberitahu kami bahawa beliau menawarkan RM100 juta oleh lelaki tersebut untuk menyertai Pakatan dan membawa bersama beberapa ahli Parlimen,” kata beliau.

    Menjawab soalan balas peguam Ranjit Singh yang mewakili Anwar, Ronald berkata, beliau tidak membuat laporan polis berhubung tawaran RM100 juta yang disifatkan oleh peguam itu sebagai sogokan, kerana Anifah yang sepatutnya membuat laporan polis.

    Yang turut menjadi saksi hari ini bekas Ketua Menteri Sabah yang juga pemimpin Parti Maju Sabah SAPP), Datuk Seri Dr. Yong Teck Lee.

    Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid bersambung esok.

    Terkini

    Kemahiran Generasi Baharu dalam Era AI

    Konsert M2M kembali ke pentas selepas 23 tahun, kenangan mengusik jiwa

    Renjer tentera sukarelawan cedera terkena bom di Pattani, Thailand

    UMNO cadang tubuh Institut Kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi

    Kemalangan truk FRU: Jumlah mangsa maut meningkat kepada sembilan, semua anggota FRU

    PKR 2025 Election: Continuity of Anwar Ibrahim’s leadership

    Popular

    [Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

    Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

    PROTON terus catat jualan memberangsangkan

    Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

    China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

    Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Berkaitan