Denda sehingga RM2j terhadap peniaga menipu, ambil untung lebih - pakdin.my

Kpdnkk

Peniaga yang melakukan penipuan dan mengambil untung berlebihan bakal berdepan dengan denda sehingga RM2 juta, mulai tahun depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, ia telah dipersetujui kabinet, Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan akan diwartakan tidak lama lagi.

“Kami sering mendengar rungutan daripada rakyat yang denda dikenakan kini adalah terlalu rendah dan mengakibatkan kesalahan seperti penipuan dan ketirisan subsidi semakin berleluasa,” katanya di majlis pelancaran peraduan ‘Shell Win Free Fuel’, di Shah Alam, hari ini.

Menurutnya, denda antara RM100,000 hingga RM200,000 yang dikenakan sekarang tidak begitu efektif dalam mengekang peniaga tidak bertanggungjawab melakukan penipuan atau mengambil untung secara berlebihan.

Sementara itu, Hasan juga memaklumkan bahawa rancangan untuk mewujudkan Mahkamah Khas Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sedang dalam peringkat akhir.

Antara perkara yang sedang diteliti ialah pelantikan hakim dan lokasi mahkamah, memandangkan ia akan dibangunkan mengikut zon.

“Apabila ia (Mahkamah CBP) mula beroperasi pada tahun depan, semua kes yang melibatkan sistem cukai baharu itu akan dibawa ke mahkamah ini.

“Ini termasuk syarikat yang dikenal pasti Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah melakukan penipuan dan pemalsuan pendaftaran serta pengisytiharan CBP,” katanya.

Sebuah akhbar tempatan hari ini, melaporkan Pengarah CBP Kastam, Datuk T Subromaniam berkata, mereka mengesan penipuan oleh beberapa syarikat dan individu daripada 236,610 pendaftaran yang diterima sehingga kelmarin.

Hasan berkata, kementerian tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik lesen perniagaan mereka.
Kongsikan Berita Ini…S

UTAMADenda sehingga RM2j terhadap peniaga menipu, ambil untung lebih

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium