back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Hadi tidak hadir mesyuarat Hudud Pakatan Rakyat

    Hadi tidak hadir mesyuarat Hudud Pakatan

    Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membincangkan isu Hudud di bangunan Palimen hari ini berlangsung tanpa kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Ketiadaan Hadi yang juga ahli parlimen Marang bagaimanapun menimbulkan persoalan sama ada isu Hudud yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut dalam pengetahuan beliau ataupun tidak.

    PAS diwakili Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

    “Saya baru balik dari umrah dan saya akan dengar taklimat (mengenai Hudud) di Kelantan dulu esok,” kata Hadi sewaktu di temui di lobi parlimen selepas itu.

    DAP sebelum ini mendakwa Hadi kerap ponteng Mesyuarat Presiden PR sehingga DAP bercadang memboikot mesyuarat Majlis Presiden PR yang diadakan pada 9 Februari, sehari sebelum Anwar dihukum penjara.

    Hadi hadir pada mesyuarat berkenaan namun tidak menyertai sidang media bersama pemimpin PKR dan DAP.

    Dalam pada itu, Hadi berkata, beliau tidak bermasalah jika terdapat calon lain yang ingin mencabar jawatan Presiden PAS.

    “Boleh cabar, boleh tiada masalah,” katanya menambah bahawa persoalan samada Presiden PAS semestinya dari golongan ulama perlu dijawab ahli parti itu.

    “Itu tanya orang PAS, jangan tanya saya.

    “Saya tidak boleh pilih diri saya sendiri,” ulasnya.

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)