Pesawat Rempuh Antena, 27 Cedera - pakdin.my

OZ162 dari Incheon Korea Terbabas di Tokyo-1

TOKYO: Seramai 27 penumpang Asiana Airways cedera selepas pesawat yang mereka naiki merempuh sebatang antena di Lapangan Terbang Hiroshima pada Rabu.

Ketika kejadian, penerbangan OZ162 dari Incheon, Korea dikatakan tiba untuk mendarat di lapangan terbang berkenaan sebelum merempuh antena komunikasi.

Akibat rempuhan itu, pesawat A320 tersebut hilang kawalan dan terbabas ke kawasan padang di tepi landasan.

Terdapat kerosakan pada badan pesawat akibat rempuhan antena.
Terdapat kerosakan pada badan pesawat akibat rempuhan antena.

Pasukan keselamatan berkata, semua 73 penumpang dan lapan anak kapal dilapor sedang memakai corong oksigen dan berada ditempat masing-masing sebaik sahaja pihaknya memasuki pesawat.

Bagaimanapun terdapat seramai 27 daripada mereka mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk diberi rawatan.

UTAMADUNIAPesawat Rempuh Antena, 27 Cedera

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium