6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM? - pakdin.my

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat.

Menurut sumber mereka memilih untuk menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengelakkan krisis politik kembali berulang.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini mereka yang akan melompat itu bukan Mat Sabu, Mujahid, Mahfuz dan Khalid Samad.

“Selebihnya biar jadi teka-teki lagi, takut nanti ‘elemen of surprise’ tu hilang,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Menurut rekod, parti serpihan PAS itu mempunyai 11 orang ahli parlimen, dan sekiranya desas-desus tersebut menjadi kenyataan maka PAN akan mempunyai hanya 5 orang wakil di Dewan Rakyat.

Penyertaan seorang lagi Ahli Parlimen Amanah iaitu YB Mahfuz Omar (Pokok Sena) tidak diterima oleh pihak Bersatu kerana difahamkan beliau meletakkan syarat mahu kekal sebagai calon di parlimen tersebut pada PRU ke 15.

Sementara itu, PAS Selangor turut memaklumkan seorang tokoh PAN dijangka akan mengumumkan keluar parti pagi ini.

Melalui satu kenyataan sebentar tadi, pengumuman tersebut akan di buat oleh Lajnah Penerangan PAS Selangor secara langsung di laman Facebook parti itu.

Tokoh tersebut dikatakan akan kembali menyertai PAS bersama kumpulannya.

UTAMAPOLITIK6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium