UtamaNASIONALBekas ADUN Maut Di...

Bekas ADUN Maut Di Tembak – Kelibat Dua Tubuh Lari Dengan Motosikal - pakdin.my

bekas-adun-alur-limbat-ditembak-rumah

MARANG: Seorang penduduk terdengar bunyi letupan seperti mercun sebelum melihat kelibat dua orang menaiki sebuah motosikal meninggalkan kawasan rumah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah.

Abdul Wahab Muhammad, 35, berkata beliau ketika itu bersama empat lagi rakannya berada di sebuah bangsal tidak jauh dari tempat kejadian.

“Bila saya keluar dari bangsal, saya lihat seseorang bertubuh besar dan memakai topi keledar berlari dalam keadaan tergopoh gapah ke arah rakannya yang sedang menanti di atas motosikal.

“Mereka naik motosikal tanpa nombor plat. Saya terus kejar kedua-duanya dengan motosikal berserta beberapa orang lagi. Bila sampai dekat Kampung Batu 12 (kira-kira empat kilometer dari tempat kejadian), mereka pun hilang,” katanya.

Beliau berkata sebelum itu beliau ternampak kedua-duanya sedang menghala ke  rumah Alias.

Alias, 51 dipercayai ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat Bukit Payong di sini selepas pulang daripada solat Jumaat.

bekas-adun-alur-limbat-ditembak

Beliau kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Payung oleh jirannya, namun disahkan meninggal dunia.

Fazil Yusof, 32, yang merupakan kenalan Alias berkata beliau berjumpa Allahyarham pada tengah hari di sebuah kedai kopi berhampiran selepas mangsa dikatakan pergi melawat saudaranya yang akan membuat majlis kenduri.

Sementara itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika ditemui di Klinik Kesihatan Bukit Payung mahu pihak polis menjalankan siasatan segera.

“Kita minta kes ini disiasat secara terperinci dan individu yang bertanggungjawab dapat dikenal pasti dan diheret ke muka pengadilan.

“Ini (kematian Alias) merupakan satu kehilangan besar dalam dunia politik Terengganu kerana Allahyarham merupakan seorang yang berpengalaman dan pernah menjadi wakil rakyat. Kehilangan ini amat dirasai,” katanya.

Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman berkata Allahyarham merupakan seorang yang cukup dihormati dan disegani walaupun tidak lagi bergelar wakil rakyat.

Alias menjadi Adun Alor Limbat selama dua penggal mulai 2004 sebelum kalah kepada calon PAS pada pilihan raya umum ke-13.

Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Ketua Umno Cawangan Alor Limbat.

Allahyarham pernah bertugas sebagai Ketua Unit Pendakwaan Negeri Terengganu (Timbalan Pendakwa Raya/Peguam Kanan Persekutuan) dari 1 Mei 1997 hingga 18 November 1999).

Allahyarham meninggalkan isteri Noreha Mohamad, 45, dan empat orang anak.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tamah Perkuburan Islam Kampung Alur Limbat selepas solat Isyak malam ini.

Sementara itu pihak polis telah melancarkan Ops Tutup bagi mengesan dan menjejaki suspek.

Ketua Polis Daerah Marang, Suhaimi Mohd Ali yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah di mana mayat Allahyarham ditempatkan berkata motif kejadian juga sedang dikenal pasti.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI

[VIDEO] Anak ikan paus terdampar di Kuala Baram

Operasi menyelamat telah dijalankan oleh pasukan bomba dengan bantuan orang awam dan menolak anak ikan paus tersebut ke kawasan yang lebih dalam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162026

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

PERHILITAN Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162019 .................

[VIDEO] ‘Sedekah’, ‘komisyen’ melunakkan rasuah, kata Anwar

“Dulu ‘komisyen’ okay, rasuah tak okay. Sekarang ada pula ‘sedekah’. “Sedekah untuk amal jariah okay, tapi ‘sedekah’ untuk dapat undi pilihan raya – rasuah.” BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162009

[VIDEO] ‘Kalau dia sedekah, kalau kita rasuah’, Zahid sindir Hadi

Semalam, Hadi mempertahankan pemberian wang menerusi bantuan diberikan kerajaan Terengganu beberapa hari sebelum PRU15. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161999

[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara. https://pakdin.my/161988