Strategi baharu Mahathir jatuhkan PM - pakdin.my

Setelah gagal menggunakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Da­tuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr. Mahathir Mohamad didakwa menjadikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai platform untuk melancarkan serangan baharu.

Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, bekas Perdana Menteri itu cuba memastikan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara TNB dan YTL Power International Bhd. (YTL Power), tidak akan diteruskan. Menurut Raja Petra, Dr. Mahathir seolah-olah mahu menunjukkan kepada Najib bahawa beliau masih mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. “Dr. Mahathir mahu menjatuhkan air muka Najib secara terang-terangan,” katanya me­lalui laman blog tersebut (http://www.malaysia-today.net) semalam.

TNB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia baru-baru ini menyatakan, syarikat utiliti itu sedang mengkaji untuk memulakan proses perundangan bagi membatalkan arahan Suruhanjaya Tenaga serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk meneruskan PPA dengan YTL Power. Jelas TNB, ia berkaitan arahan Suruhanjaya Tenaga kepada TNB pada 7 April lalu supaya menghapuskan syarat-syarat baharu yang mahu diperkenalkan di dalam PPA yang akan ditandatangani YTL Power. Raja Petra mendakwa, Dr. Mahathir berbuat demikian kerana beliau memerlukan pemangkin untuk mencetuskan konflik. “Dr. Mahathir berharap Najib akan dimalukan sekiranya TNB membawa kes ini ke mahkamah,” jelasnya.

Beliau turut mendakwa, Dr. Mahathir ingin ‘mengajar’ YTL Corporation Berhad (YTL) berikutan keengganan syarikat itu menyumbang dana bagi gerakan menjatuhkan Perdana Menteri. “Atas sebab itu, YTL perlu ditundukkan melainkan ia bersetuju untuk menyumbangkan sekurang-kurangnya RM200 juta kepada dana berkenaan,” katanya. Sementara itu, jurucakap TNB ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, pihak­nya enggan mengulas tentang dakwaan Raja Petra tersebut.

tnb ytl ipp mahathir

UTAMAPOLITIKStrategi baharu Mahathir jatuhkan PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium