UtamaNASIONALDaesh: 14 Ditahan, Satu...

Daesh: 14 Ditahan, Satu Kilo Bahan Letupan IED Dirampas - pakdin.my

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) adalah antara 14 individu ditahan di lima negeri pada 14 Julai sehingga Rabu lepas kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan Daesh.

Kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Counter Terorrism Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita tempatan yang berusia di antara 20 dan 49 tahun.

“Empat daripada mereka tidak bekerja, tiga bekerja sendiri, dua bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran francais di LembahKlang, dua pekerja syarikat swasta serta masing-masing seorang mekanik ,jurukimpal besi dan pelajar IPTS.

“Hasil siasatan, kami mendapati 12 suspek yang ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Sabah merupakan anggota sel sama yang ditahan dalam operasi penghujung bulan lepas,” kata Khalid dalam kenyataannya di sini, Sabtu.

Menurutnya mereka disyaki menerima arahan daripada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi untuk melancarkan serangan di Malaysia.

“Seorang daripada suspek mengaku telah berkongsi kaedah membuat bahan letupan ‘Improvised Explosive Device’ (IED) melalui aplikasi Telegram dengan lain-lain anggota Daesh.

“Suspek juga mengaku menerima arahan Muhammad Wanndy untuk menghasilkan IED bagi melancarkan serangan di Lembah Klang dan turut membekalkan sepucuk pistol kepada suspek melalui orang perantaraan sebagai persediaan mempertahankan diri jika ditahan polis,” katanya.

Suspek berusia 49 tahun yang ditahan di Kedah merupakan angggota kanan kumpulan berkenaan, yang aktif merekrut anggota baharu melalui usrah-usrah sulit di sekitar Sik, Kedah dan bertanggungjawab mengatur pergerakan ke Syria untuk menyertai Daesh.

“Seorang yang direkrut oleh suspek adalah Abu Ghani [email protected] Kedah yang telah terkorban di Syria pada 17 April lepas,” katanya.

Khalid berkata suspek wanita berusia 43 tahun, yang ditahan di Perak, aktif mempromosikan Daesh serta merancang untuk menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan itu.

“Wanita itu yang ingin ke sana (selatan Filipina) juga menerima bantuan daripada bekas pensyarah Universiti Malaya Dr Mahmud Ahmad, yang merupakan anggota Daesh sebelum ini, dan kini menyertai kumpulan pengganas Abu Sayyaf di selatan Filipina.

“Hasil penggeledahan, polis merampas sebuah IED seberat satu kilogram yang telah siap diadun untuk digunakan dalam serangan keganasan yang dirancang ke atas pucuk pimpinan Polis DiRaja Malaysia,” katanya.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut BAB VIA -kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...