31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

70 Peratus Pemohon Baharu Masih Belum Mendaftar BRi1M 3.0

https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx
https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

Lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baharu yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) pada 2014 masih belum mendaftar.

Mereka yang layak untuk segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum 31 Jan ini bagi memudahkan mereka untuk turut menerima perlindungan caruman takaful i-BR1M.

Berhubung caruman takaful i-BRIM, kerajaan sedang memperhalusi perlindungan insurans dengan Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat insurans untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Penerima BR1M 3.0 jangan melewat-lewatkan pendaftaran selain berharap agar kerajaan tidak melanjutkan tarikh pendaftaran itu.

Sepatutnya rakyat telah belajar melalui BR1M 1.0 dan 2.0 dan tidak perlu memohon tarikh lanjutan kerana ini kali ketiga BR1M diagihkan.

Sekiranya penerima melewat-lewatkan proses pendaftaran kesannya kemungkinan perlindungan insurans i-BR1M tidak dapat diperoleh yang mana tempoh perlindungannya bermula 1 Jan hingga 31 Dis 2014.


Kerajaan menjangkakan untuk tahun ini 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M 3.0 dengan peruntukan RM4.5 bilion berbanding RM3 bilion untuk BR1M 2.0.

Jumlah 7.9 juta ini termasuk 6.8 juta penerima sedia ada dan 900,000 pemohon baharu serta 200,000 ‘buffer’ bagi pemohon yang baru memasuki umur 21 tahun serta mereka yang mempunyai pendapatan RM4,000 ke bawah untuk tahun ini.

Hanya 4.4 juta daripada 6.8 juta penerima sedia ada telah mengemas kini maklumat nombor akaun bank, manakala 2.4 juta lagi masih belum berbuat demikian.

Sehubungan itu, adalah diharapkan agar penerima BR1M dapat mengemas kini maklumat nombor akaun bank mereka bagi memudahkan urusan,” katanya sambil menambah agihan pembayaran BR1M akan dibuat kepada mereka yang layak mulai Februari.

Melalui Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima BR1M RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 turut layak menerima sejumlah RM450 serta caruman takaful RM50 dan bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 juga layak menerima RM300.

  •   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
(i)       Warganegara Malaysia
(ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

•   Sila kemukakan salinan:
(i)       MyKad bagi pemohon; dan
(ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)

•   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

•   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

**NOTA

1. PERMOHONAN BARU – Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 – Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

Kemas Kini Permohonan BR1M 2.0 hanya dibenarkan SATU (1) kali sahaja. Sebarang pindaan lanjut, sila hadir ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Berita Berkaitan

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Lelaki hina agama Islam, ulama ditahan polis

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang lelaki membuat kenyataan jelek dan menghina beberapa tokoh agama dan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...