Jamal pam surat peguam Maria dalam tandas - pakdin.my

Ketua gerakan Baju Merah berikrar untuk terus ‘menyerang’ konvoi Bersih 2.0 yang mempromosikan perhimpunan Bersih 5 di seluruh negara.

jamal-pam-surat-maria-chin-dlam-tandas

Datuk Jamal Yunos hari ini berkata beliau tidak akan meminta maaf kepada Maria Chin Abdullah kerana mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas antarabangsa, IS.

Bercakap kepada wartawan dari tandas lelaki di bangunan Umno di Shah Alam, Jamal turut mengoyak surat tuntutan yang dihantar peguam Maria, membuangnya ke dalam tandas dan mengepamnya.

Berpegang kepada dakwaan sumbernya, ketua gerakan Baju Merah itu juga berjanji akan terus “menyerang” kumpulan pendesak perubahan pilihan raya itu.

“Mungkin lebih agresif berbanding minggu lalu. Keman mereka pergi, kami akan ikut.

“Jika mereka mahu berada di 2,000 tempat kami akan ada di sana termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya, merujuk kepada perhimpunan yang dianjurkannya sebagai membalas konvoi Bersih 2.0, yang dilancarkan di seluruh negara hujung minggu lalu.

Di Teluk Intan minggu lalu, pergelutan antara penyokong Bersih 2.0 dan Baju Merah tercetus selepas kumpulan Jamal merampas kain rentang daripada aktivis Bersih 2.0.

Semalam, Maria mendesak Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar memohon maaf atas dakwaan yang Bersih 2.0 diresapi IS.

Dalam surat tuntutan yang dihantar kepada Jamal menerusi pejabat peguam, Maria juga mahu beliau berjanji tidak akan menyiarkan kenyataan fitnah lagi.

Surat itu juga mendesak Jamal membayar ganti rugi kerana menjejaskan reputasi dan nama baik Maria.

Maria berkata kenyataan itu palsu, berniat jahat dan memfitnah dan pernyataan fitnah itu bertujuan untuk merosakkan reputasinya secara terang-terangan cuba mengelirukan orang ramai berhubung perkara yang menyentuh kepentingan negara.

Pada 28 September lalu, Jamal, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menuduh Bersih diresapi pengganas, dan pada tunjuk perasaan 19 November depan merancang untuk mengepung lokasi strategik dengan tujuan untuk menggulingkan kerajaan.

Petang tadi, Jamal berkata beliau percaya ancaman IS itu akan berlaku pada 19 November jika ia tidak ditangani oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Maria ketika dihubungi berkata:”Kami akan jumpa dia di mahkamah.”

UTAMAPOLITIKJamal pam surat peguam Maria dalam tandas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium