Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir - pakdin.my

Datuk Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menjadi satu-satunya pemain dari skuad badminton negara yang masih berada dalam saingan Kejohanan Badminton Dunia di Wembley Indoor Arena, London, Jumaat.

Beliau mara ke peringkat separuh akhir perseorangan lelaki selepas menewaskan pemain Guatemala, Kevin Cordon, 21-7, 21-13 dalam masa hanya 24 minit.

Di peringkat separuh akhir nanti Chong Wei akan berhadapan sama ada dengan Chen Jin dari China atau Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark, yang dijadual akan berentap malam ini untuk menentukan siapa yang layak untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu dalam acara beregu lelaki, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tidak dapat meneruskan saingan dalam kejohanan ini selepas ditewaskan oleh pasangan Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan dengan 21-17, 21-13.

UTAMABERITAChong Wei Mara Ke Separuh Akhir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium