Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALRakyat Malaysia Diharap Lebih...

Rakyat Malaysia Diharap Lebih Matang, Tidak Perjudi Keselamatan Negara Tanpa ISA - pakdin.my

TANJUNG MALIM, 21 Sept  — Rakyat Malaysia diharap cukup matang dan dapat mengawal diri daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan keselamatan negara apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan kelak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata.

Meluahkan rasa khuatir ada pihak yang akan mengambil kesempatan di atas pemansuhan akta tersebut, Dr Mahathir berharap rakyat tidak memperjudikan nasib negara dengan mengambil mudah soal keselamatan negara.

“Saya berharap rakyat Malaysia cukup matang untuk memahami bahawa apabila tiadanya undang-undang, tetapi kawalan diri mesti diamalkan, anda mesti mendisiplinkan diri tidak menjejaskan keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana Za’ba, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini.

Mengenai akta baru yang bakal menggantikan ISA, Dr Mahathir berharap ia dapat menutup kelemahan akta yang diwartakan pada 1960 itu bagi memastikan tidak ada penyalahgunaan undang-undang.

“ISA ini yang kurangnya ialah kerana tidak ada perbicaraan dalam mahkamah, ia mengikut budi bicara pihak yang diberi kuasa, dengan itu mungkin ada yang menyalah guna kuasa.

“Tetapi kita boleh ada perbicaraan dalam mahkamah tetapi kadang-kadang sesetengah tahanan ada peguam baik (boleh) lepas, kalau tidak, tak lepas,” katanya.

Mengenai kesediaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk membantu Malaysia dalam merangka undang-undang untuk menggantikan ISA, Dr Mahathir berpendapat, kerajaan boleh mendengar pandangan AS namun pada masa sama harus berpada-pada.

“AS ada Patriotic Act yang memberi kuasa penuh kepada presidennya untuk buat apa sahaja. Kalau pergi AS kasut kita diperiksa dan kalau mereka ingat kita orang Islam akan diasingkan dan diperiksa menyeluruh…jadi saya fikir kerajaan kita tak ikut la itu.

“Kalau hendak dengar tetapi berpada-padalah…kita pun cekap juga nak menjaga keselamatan…US style of security tak payah la,” katanya.

Selain AS, Kesatuan Eropah (EU) turut menyatakan kesediaannya untuk berkongsi pengalamannya tentang undang-undang keselamatan dengan Malaysia selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan akta itu sempena sambutan Hari Malaysia, pada Khamis lepas.

Turut dimansuhkan ialah Pengisytiharan Darurat dan kerajaan turut memutuskan untuk menggantikan lesen percetakan tahunan dengan pembaharuan lesen yang tidak perlu diperbaharui setiap tahun.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674