Bekas Ketua Cawangan MIC Bahagian Kota Raja Dipecat - pakdin.my

MIC telah memecat seorang bekas ketua cawangan MIC dalam Bahagian Kota Raja, V.T. Rajen kerana antara lain gagal memberikan penjelasan terhadap kenyataan media yang dikeluarkan berhubung pemilihan calon pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin MIC, Tan Sri Dr K.S Nijhar berkata keputusan itu diambil setelah Rajen gagal menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 9 Feb lepas.

“Keputusan memecat beliau adalah juga kerana gagal memberikan penjelasan berhubung tindakannya mencabar kepimpinan parti,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Nijhar berkata Rajen diberi tempoh 14 hari dari tarikh surat pemecatan keanggotaan untuk membuat rayuan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat MIC.

Beliau turut menasihati anggota-anggota MIC agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai calon-calon pilihan raya serta menyoal kuasa prerogatif Presiden parti dalam pemilihan calon pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Rebel MIC man refuses to back down

Pro-Palani man decries revolt threat

Behave or face the music, Palani told

Branch leaders must play their role, says MIC man

UTAMABERITABekas Ketua Cawangan MIC Bahagian Kota Raja Dipecat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium