Putera William, Kate Middleton Selamat Tiba Di Malaysia - pakdin.my

Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton memberikan senyuman kepada orang ramai sebelum meninggalkan KLIA, pada Khamis. Pasangan diraja akan berada di negara ini untuk lawatan tiga hari sebagai sebahagian daripada lawatan khas bagi pihak Ratu Queen Elizabeth II ke beberapa negara Komanwel sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu

Pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.50 tengah hari ini sempena lawatan tiga hari ke Malaysia.

Ketibaan disambut pegawai rasmi Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi British.

Mereka dijadualkan makan tengah hari di kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Sri Perdana, Putrajaya.

Pasangan ini kemudiannya akan melawat ke Hospis Malaysia, sebuah badan amal di K.Lumpur.

 

UTAMABERITAPutera William, Kate Middleton Selamat Tiba Di Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium