Malindo Air – Penerbangan Ke 3 Destinasi Baharu Bermula 3 Jun - pakdin.my

 

malindo-airMalindo Air akan menawarkan penerbangan ke tiga destinasi baharu iaitu Pulau Pinang, Johor Bharu dan Kota Bharu bermula 3 Jun ini.

Kesemua laluan penerbangan itu akan beroperasi dari Subang Skypark menggunakan pesawat Turboprop.

Harga tiket sehala bagi 3 destinasi baru itu bermula daripada RM69 bagi tempoh penerbangan 3 Jun tahun ini hingga Mac 2014.

Sehingga kini, lebih 100 ribu penumpang telah menggunakan Malindo Air sejak ia mula beroperasi 22 Mac lalu.

Syarikat penerbangan ini adalah usaha sama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group yang dinamakan sebagai Malindo – gabungan indah Malaysia dan Indonesia dan model syarikat penerbangan hibrid pertama Malaysia.

Bagi operasi tahun pertama, syarikat merancang membeli 12 pesawat. Malindo Air akan mempunyai empat penerbangan harian ke Kuching, tiga penerbangan harian ke Kota Kinabalu. Penerbangan sulung Malindo Air ke Kota Kinabalu adalah pada 22 Mac lalu.

Tahun ini, Malindo Air akan membawa muatan yang sederhana sekitar 85-90 peratus sambil menawarkan 12 tempat duduk kelas perniagaan dan 168 ekonomi.

Merancang memulakan penerbangan antarabangsa yang pertama Jun tahun ini. Malindo Air adalah syarikat penerbangan paling muda menggunakan pesawat paling canggih di Malaysia dan Asia.

Lebih 100,000 tetamu menggunakan Malindo Air sejak beroperasi 22 Mac lalu. Malindo Air kini menggunakan dua pesawat, Boeing 737-900ER (extended range) dalam konfigurasi dua kelas – 12 tempat duduk perniagaan dan 168 ekonomi.

UTAMAEKONOMIMalindo Air - Penerbangan Ke 3 Destinasi Baharu Bermula 3 Jun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium