Demonstrasi aman telah diadakan di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam sejurus selapas solat Jumaat.
Demonstrasi bertujuan menyokong tindakan JAIS dalam melaksanakan tanggungjawab mereka mempertahan Agama Islam seperti yang temaktub dalam perlembagaan Negeri dan Negara yang menghalang penyebaran agama selain Islam kepada pengganut agama Islam.
Parti politik diminta tidak campurtangan dalam usaha JAIS melaksanakan tanggungjawab mereka seperti yang termaktub didalam Enakmen Jenayah Syariah.
Demonstrasi ini bukan bertujuan untuk memusuhi agama lain dalam negara ini tetapi mengingatkan mereka supaya patuh kepada undang-undang dan Perlembagaan Negara.
Turut dibidas segelintir orang melayu/islam yang menjadi agen mengajak orang Melayu/Islam lain murtad seperti mereka.