Ada isyarat gelombang keluar PPBM, PAN untuk sertai UMNO - pakdin.my

Tan Sri Annuar Musa mendakwa menerima isyarat berlaku gelombang orang Melayu yang meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti Amanah Negara.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, perkembangan itu bagi menyokong penyatuan ummah UMNO-Pas.

“Kita alu-alukan perkembangan terbaru ini. Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT,” katanya.

Beliau turut memaklumkan berlaku lonjakan dalam permohonan menjadi ahli UMNO pada masa ini.

Katanya, parti itu menerima tidak kurang daripada 15,000 ahli baharu setiap bulan dan dijangka lebih daripada 100,000 bakal menyertai UMNO tahun ini.

Selaras dengan perkembangan itu, Annuar menyeru semua 191 Bahagian dan 22,000 Cawangan UMNO memperkemas jentera pentadbiran parti peringkat masing masing.

Jumlah kemasukan ahli UMNO bagi 6 bulan jauh melebihi bilangan seluruh ahli PPBM untuk tempoh 2 tahun
https://pakdin.my/jumlah-kemasukan-ahli-umno-bagi-6-bulan-jauh-melebihi-bilangan-seluruh-ahli-ppbm-untuk-tempoh-2-tahun/

UTAMAPOLITIKAda isyarat gelombang keluar PPBM, PAN untuk sertai UMNO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium