25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin Kahwini Anak Saudara Sultan Brunei

Tengku-Amalin

Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin Aishah Putri Petra, 29 tahun akan melangsungkan perkahwinan dengan anak saudara Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Qawi, 39 tahun, malam ini.

Majlis akad nikah akan diadakan di Istana Mahkota, Kubang Kerian pada jam 8:45 malam.

Majlis persandingan akan berlangsung esok di Istana Negeri.

Tengku Amalin Aishah pernah menjadi Majistret di Kota Bharu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tengku Amalin anakanda keempat dan juga puteri bongsu Sultan Ismail Petra.

Pengiran Muda Abdul Qawi pula adalah anak sulung daripada 10 adik-beradik Menteri Luar dan Perdagangan Brunei, Pengiran Muda Mohamad Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.

Majlis persandingan di Brunei akan diadakan pada 6 Julai ini.

____

Latar belakang Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri.

tengku-amalin-law

Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan Pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Beliau pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama(SMA) Naim Lilbanat. Yang Amat Mulia Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang.






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan