Adun DAP dijemput lakukan cukur jambul - pakdin.my

She Han melakukan cukur jambul
She Han melakukan cukur jambul

Rasa bangga atau hormat sesetengah masyarakat Melayu kepada pemimpin bukan Islam bukan salah.

Sebab itu, ada yang menjemput pemimpin bukan Islam menghadiri majlis tertentu termasuk perkahwinan atau jamuan hari raya dan sebagainya.

Cuma jarang kedengaran bukan Islam dijemput untuk majlis cukur jambul.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara Ng Sze Han tentu bertuah kerana bukan sahaja dijemput ke majlis itu tetapi turut melakukan adat atau amalan sempena menyambut kelahiran orang baru.

Menerusi twitternya, Adun DAP itu menyatakan beliau dijemput upacara cukur jambul bayi  di Sri Puchong, petang Sabtu.

Mungkin keluarga yang menjemputnya sudah liberal dan tidak kisah rambut kanak-kanak baru lahir itu digunting sebagai tanda cukur jambul.

Perbuatan itu diulas blogger Cucu Tok Selampit dengan mengatakan “Sepatutnya makcik berkenaan turut mengundang EXCO Selangor, Elizabeth Wong datang cukur jambul bayi berkenaan,.”

“Mana tahu kelakuan bayi berkenaan mungkin akan mengikut budi pekerti Eli Wong. Berkemungkinan juga YB Ng Sze Han terlupa hendak meletakkan catatan di dalam Twitter beliau bahawa beliau juga turut ‘belah mulut’ bayi berkenaan dan menyertai majlis berzanji,”.

Tak mengapalah, kerana berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w..

Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua.

Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak.

“Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik,” jelas Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz. Mantan Pegawai Agama Istana Negara. –bnbbc.my

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAAdun DAP dijemput lakukan cukur jambul

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium