Agong Serah Surat Cara Pelantikan Tujuh Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah SPRM - pakdin.my

Surat Cara Pelantikan Tujuh Anggota Jawatankuasa Rasuah SPRM

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Isnin berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada tujuh anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Istana Negara di sini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Shukri Abdull.

Senarai ialah seperti berikut:

Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang selaku Pengerusi jawatankuasa
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia
Anggota Parlimen Kepong Tan Seng Giaw (DAP)
Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim
Anggota Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abd Rahman (PKR)
Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS)
Anggota Dewan Negara Senator Mohamad Ezam Mohd Nor (BN)

Abu Zahar merupakan muka baharu yang dilantik mengetuai jawatankuasa itu selain empat yang lain iaitu Irmohizam, Fauzi, Takiyuddin dan Mohamad Ezam.

Doris Sophia dan Tan pula dilantik semula.Kesemua anggota jawatankuasa itu dilantik mengikut Seksyen 14(2) Akta SPRM bagi tempoh 25 Mei 2013 hingga 24 Mei 2016.

Pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan peruntukan Seksyen 14 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)2009.

Antara fungsi jawatankuasa itu ialah menasihati perdana menteri mengenai rasuah di Malaysia, memeriksa laporan tahunan SPRM serta mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan SPRM dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

UTAMAAgong Serah Surat Cara Pelantikan Tujuh Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah SPRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium