Ahmad Zahid menghadap Agong Khamis ini - pakdin.my

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 5 petang Khamis ini (15/10/2020).

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan, selepas mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi parti di Ibu Pejabat Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.

“Datuk Seri Zahid Hamidi dititahkan menghadap Seri Paduka Baginda pada hari Khamis, jam 5 petang,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, mesyuarat itu memutuskan bahawa Umno membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN) dan akan memberi syarat baharu kepada gabungan itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis, untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Pada sidang media petang semalam, Anwar mendakwa mempunyai sokongan lebih 120 Ahli Parlimen, selain mendakwa Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti untuk input dan pengesahan dokumen, yang dipersembahkan Presiden PKR itu. ― Bernama

UTAMABERITAAhmad Zahid menghadap Agong Khamis ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium