32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Akaun 500 juta pengguna Yahoo diceroboh

20160923-akaun-yahoo-digodam

SAN FRANCISCO: Penggodam komputer mencuri maklumat peribadi daripada sekurang-kurangnya 500 juta akaun Yahoo, dipercayai menjadi pencerobohan digital terbesar dialami oleh sebuah penyedia perkhidmatan e-mel.

Pencerobohan keselamatan besar-besaran itu menambah lagi tekanan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo, Marissa Mayer dalam usahanya memuktamadkan jualan bernilai AS$4.8 bilion (RM19.6 bilion) kepada Verizon.


Tarikh pencerobohan itu bermula pada akhir 2014, menambah persoalan mengenai integriti di dalam Yahoo, satu bintang internet yang semakin malap serta sedang memberhentikan pekerja dan mengurangkan perbelanjaan bagi mengimbangi penurunan mendadak pendapatannya sejak lapan tahun lalu.

Ketika pencerobohan berlaku, pasukan keselamatan Yahoo dipimpin oleh Alex Stamos, seorang eksekutif industri yang dihormati tetapi meninggalkan syarikat tahun lalu untuk memegang jawatan sama di Facebook.

Yahoo tidak menjelaskan mengapa ia mengambil masa terlalu lama untuk menyedari masalah yang dikataka berpunca daripada ‘penceroboh ditaja kerajaan’, atau penggodam yang bekerja bagi pihak kerajaan asing.


Syarikat berpangkalan di Sunnyvale, California itu enggan menjelaskan bagaimana ia mencapai rumusan terhadap serangan berkenaan disebabkan alasan keselamatan. Bagaimanapun, ia berkata sedang bekerja dengan FBI dan penguat kuasa undang-undang lain.

Yahoo memulakan siasatan kemungkinan berlaku pencerobohan pada Julai lalu, iaitu ketika laman teknologi Motherboard melaporkan bahawa seorang penggodam yang menggunakan nama “Peace” sedang cuba menjual maklumat akaun milik 200 juta pengguna Yahoo.


Yahoo tidak dapat mencari bukti pencerobohan itu, namun siasatan tambahan kemudiannya mendapati berlaku serangan yang jauh lebih besar.

“Kami mengambil kira pencerobohan ini dengan sangat serius dan akan menentukan bagaimana ia berlaku dan siapa bertanggungjawab,” kata FBI dalam satu kenyataan.

Berita Berkaitan

Awie ‘budak ajaib’ wira Kuala Besut

BESUT  ― Meskipun hanyalah orang biasa, namun nama Mohamad Najmi Daud kini menjadi popular...

4 pengadil dilayang ‘kad merah’

Tiada ihsan ke atas pengadil yang gagal melaksanakan tugas dengan baik selepas empat pengadil...

Mcphee mahu tebus kekecewaan di Aragon

Pelumba Petronas Sprinta Racing John McPhee menyasarkan kedudukan podium pada dua perlumbaan berturut-turut iaitu...

[Video] Jaring gol tunggal perlawanan, Luqman syukur bantu KV Kortrijk menang

Pemain muda bola sepak negara Luqman Hakim Shamsudin bersyukur selepas berjaya menjaringkan gol tunggal...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan