25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Amaran Terakhir Untuk Guan Eng – Peguam Negara

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Sabtu mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapnya.

Beliau berkata ini merupakan peringatan terakhir kepada Lim berikutan tindakan setiausaha agung DAP itu yang berbuat demikian sejak pada hari beliau dihadapkan ke mahkamah disebalik telah diingatkan untuk tidak berbuat demikian menerusi akhbar berbahasa Inggeris The Star dan melalui peguam mewakili Lim.

“Saya perlu keluarkan peringatan terakhir ini berikutan komen terbarunya sama seperti ‘menyerang’ integriti saya sebagai pendakwa raya.

“Saya perlu mempertahankan diri saya terhadap tuduhan tidak berasas seumpama itu yang mempersoalkan integriti saya.

“Dalam usaha mempertahankan diri saya, saya mungkin terpaksa mendedahkan bukti yang ada pada pihak pendakwa raya terhadapnya (Lim),” katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Apandi yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan Lim berkata, kebanyakan bukti terhadap Lim adalah dalam bentuk dokumen dan semua dokumen itu ada dalam milikannya.

Lim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 29 Jun dan esoknya (30 Jun) dihadapkan di Mahkamah Tinggi terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

BERSATU Mungkir Janji, Bung ‘Mengamuk’ Di Hadapan Hajiji

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan