Anwar anggap istilah Negara Berkebajikan bahaya - pakdin.my

hadi-anwar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik slogan “Negara Berkebajikan” yang sering digunakan PAS dalam kempen pilihan raya dan mendakwa ia menjadikan rakyat tidak berdikari.

Katanya, apa yang patut ditawarkan kepada rakyat adalah kebebasan dari segi ekonomi agar tidak terus dibelenggu dengan kemiskinan.

“Saya tak mahu sebut negara kebajikan yang dipopularkan oleh PAS,..ada kebaikannya tetapi saya lihat istilah itu bahaya kerana kebajikan lebih banyak dianggap membantu orang miskin dan menyebabkan sindrom kebergantungan yang banyak dikupas pakar ekonomi.

“Bahaya kita jadikan ekonomi ini setakat bantu tetapi tidak memerdekakan. Orang yang miskin terdedah kepada digunakan dan dieksploitasi,” kata Anwar dalam kuliah bertajuk Ekonomi Manusiawi di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat di Puchong, Selangor, Sabtu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa Pilihan Raya Umum ke -12 (PRU12) 2008 mempromosikan konsep negara berkebajikan yang membawa maksud sebuah negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara.

Katanya, antara ciri negara berkebajikan adalah pembangunan bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam, kerajaan adalah penjaga kepada rakyat, penekanan kepada kecemerlangan moral dan pembangunan insan adalah matlamat.

Ketua Umum PKR itu juga menuduh UMNO tidak ikhlas dalam menyatakan sokongannya kepada cadangan hudud di Kelantan sebaliknya menjadikan isu itu untuk mengaburi mata rakyat berhubung isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Katanya, UMNO tidak perlu terburu-buru menyatakan sokongan terhadap percubaan PAS untuk membawa rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen tetapi melihat pelbagai salah laku yang biasa dilakukan mereka.

UTAMAPOLITIKAnwar anggap istilah Negara Berkebajikan bahaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium