28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Apa Motif Zairil Mengaku Melayu?

lim guan dan zairil

Rumah siap, kontraktor berbunyi, tuan rumah buat-buat buta tuli. Itulah yang berlaku selepas selesainya pemilihan semula CEC DAP. Dalam kata lain, pemilihan CEC yang kontroversi telah ditangani dengan mengadakan pemilihan semula yang kontroversi juga.

Mana tidaknya, jika jumlah ketidakhadiran dalam pemilihan semula ini adalah jauh lebih ramai dari pemilihan awal. Selain itu, ia juga menyaksikan begitu ramai calon yang menarik diri di saat akhir.

Namun, apa yang lebih kontroversi ialah bagaimana anak Cina, Christopher Howard Lim yang lebih gemar menggunakan nama Melayu, Zairil Khir Johari, masih ke hulu ke hilir mengaku Melayu setelah menang dalam pemilihan semula ini.

Anak Cina ini sebelum ini telah menang dalam pemilihan awal dengan cara yang cukup kontroversi dan kini mencipta kontroversi lagi melalui kekeliruan ‘bangsa’ sendiri.


Nampaknya Zairil telah menjangkiti kebodoh-sombongan Guan Eng kerana menyangka yang orang lain bodoh serta tidak sedar dia sedang menipu. Jika tidak, tentu beliau tidak akan membuat kenyataan ini apabila disoal oleh akhbar the New Straits Times mengenai ‘Melayu’ di dalam CEC DAP.

Kata Zairil:

“Sebagai permulaan, jumlah calon Melayu yang bertanding tidak ramai, iaitu hanya tujuh orang dari jumlah keseluruhan. Jadi saya rasa kemenangan saya seorang adalah sudah cukup bagus.”

Soalan kita, sejak bila Zairil menjadi Melayu?

Jika kita mencari maklumat mengenai Zairil di internet, kita pasti akan terjumpa salah satu wawancaranya di mana beliau bangga memberitahu dunia bagaimana bapa tirinya, arwah Tan Sri Khir Johari juga merasa ‘kurang sesuai’ dengan cara Melayu dan lebih ‘senang’ dengan budaya dan cara hidup Cina.


Hakikat bahawa Zairil mendedahkan perkara ini menunjukkan bahawa Zairil juga tidak suka dengan cara Melayu. Ini tentulah tidak mengejutkan kerana beliau langsung tidak punya darah Melayu malah lahir juga di Hawaii. Hanya setelah berusia belasan tahun maka ibunya berkahwin dengan seorang Melayu yang turut ‘tidak suka’ menjadi Melayu.

Justeru, tiada apa-apa yang Melayu mengenai Zairil melainkan nama yang digunakannya. Sekali gus membutikan bahawa tindakannya mempromosi dirinya sebagai Melayu mempunyai motif yang licik dan jahat.

Namun, tiada siapa yang akan tertipu lagi dengan pembohongan Zairil kecuali mereka yang sama bodoh atau lebih bodoh dari Zairil sahaja. Lebih dari itu, Zairil, seperti juga Guan Eng, Kit Siang, Karpal dan anak beranak mereka, hanya mampu menipu diri sendiri kononnya diri mereka dan bangsa mereka lebih bijak dari Melayu.

Entah bila Zairil akan sedar dari perasannya bahawa beliau tidaklah sebijak mana berbanding Melayu biasa. Dalam banyak segi, Melayu biasa, para nasionalis adalah jauh lebih bijak dari Cina DAP, Melayu celup atau Cina bernama Melayu sepertinya. Melayu biasa juga jauh lebih telus, matang dan bijaksana serta professional kerana tidak mudah terbawa-bawa dengan semangat perkauman membabi buta.

Buktinya, negara ini kekal aman, teguh dan maju biarpun mengalami berbagai ancaman sejak dahulu sehingga ke hari ini.


Sedangkan, jika DAP yang memerintah, kita pasti negara ini sudah lama terlingkup dalam beberapa hari sahaja. 14 hari diperintah komunis dan tragedy 13 Mei sudah cukup untuk menggambarkan kehidupan di bawah pemerintahan DAP.

Atau, mungkinkah kerana itu, Zairil ingin mengaku Melayu? Iaitu kerana tidak mahu dikaitkan dengan Cina DAP yang bodoh sombong? Namun, kita tidak percaya yang Zairil mampu menganalisis sejauh ini.

Untuk pengetahuan Zairil, kalau pun benar beliau Melayu, maka terimalah hakikat hanya Melayu paling bodoh sahaja yang sanggup duduk dalam DAP. Walaupun sukar untuk diakui tetapi hakikatnya, jika Cina DAP bodoh, maka Melayu DAP jauh lebih bodoh. Oleh itu, apapun bangsa yang dipilih Zairil untuk dipromosi, kedua-duanya sama sahaja bodoh sombong selagi duduk di dalam DAP.

Kalau tak bodoh, masakan Zairil boleh keliru akan bangsanya sendiri?

Berita Berkaitan

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan