Apple lancar iPad Mini, tablet kecil di pasaran - pakdin.my

SAN JOSE – Apple memperkenalkan tablet yang dinamakan, iPad Mini, yang dinanti-nantikan peminatnya di sini, semalam.

Pengenalan iPad Mini ini mengakhiri penantian hampir setahun.

Produk terbaru ini seberat 300 gram dan ketebalannya 7.2mm. Ia berada di pasaran kira-kira enam bulan selepas iPad generasi ketiga diperkenalkan.

Harga pengenalan dianggarkan AS$329 (sekitar RM1,000).

Keluaran skrin iPad Mini 7.9 inci (20.1 sentimeter).

Berbanding penggunaan plastik untuk menghasilkan Google Nexus 7, iPad Mini menggunakan aluminium.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Naib Presiden Kanan (Pemasaran) Apple, Phil Schiller berkata, berdasarkan sambutan sebelum ini, pihaknya yakin dapat menjual lebih daripada 100 juta set.

UTAMAApple lancar iPad Mini, tablet kecil di pasaran

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium