Astro Oasis Sahkan Gambar Mayat Dililit Ular Rakaman Salah Satu Babak Drama ‘Tanah Kubur’

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

凯里:采访奥运媒体即日起接种疫苗

(布城14日马新社讯)全国新冠疫苗接种计划(PICK)协调部长凯里说,即将前往东京采访奥运会的媒体人员从今日起施打新冠疫苗。

Babak jenazah dibelit ular dalam drama Tanah Kubur: Kutuk Azan dimanipulasi

tanah kubur

Stesen televisyen saluran Astro Oasis mengesahkan beberapa gambar jenazah dililit seekor ular yang tersebar dan menimbulkan kekecohan masyarakat merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur: Kutuk Azan.

Pengurus saluran itu, Namanzee Harris berkata, gambar tersebut diambil oleh salah seorang krew produksi untuk simpanan pihak Astro, bagaimanapun ia tersebar di laman-laman blog dengan pelbagai cerita yang menimbulkan kerisauan orang ramai.

“Ya, itu merupakan salah satu babak dalam drama Tanah Kubur bagi episod Kutuk Azan, saya juga tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar di internet kerana drama itu belum lagi ditayangkan.

“Penggambaran dilakukan kira-kira tiga minggu lepas di Sungai Ijok, Selangor dan diarahkan oleh Rashid Sibir. Saya juga sudah minta pengesahan tentang gambar itu daripada pihak produksi,” ujarnya ketika dihubungi.

Namanzee berkata demikian ketika diminta mengulas tentang beberapa keping gambar jenazah sedang disembahyangkan dilingkari seekor ular sawa yang tersebar di internet.

Gambar yang didakwa kejadian benar yang berlaku di utara tanah air itu telah menimbulkan kebimbangkan masyarakat.

Menurut Namanzee, dia pada awalnya turut terkejut apabila menerima kiriman gambar-gambar tersebut daripada rakan-rakannya yang bertanyakan hal itu.

“Beberapa hari lalu ada beberapa rakan yang hantar gambar ini kepada saya, mula-mula saya tengok macam betul tetapi bila lihat betul-betul ia nampak ular itu seperti sudah diatur dan sedia untuk penggambaran.

“Kalau orang luar lihat mungkin akan mempercayainya, lagi pula kononnya ia berlaku pada bulan Ramadan ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, drama Tanah Kubur: Kutuk Azan itu bakal ditayangkan tidak lama lagi bagi musim ke-12.

Drama tersebut merupakan inspirasi daripada kisah yang diambil pada zaman Khalifah Abu Bakar R.A berkenaan pengebumian seorang lelaki yang telah mengutuk laungan Azan dan mayatnya dibelit oleh seekor ular.

BACA juga:

Leave a Reply