[AUDIO] TN50: MALAYSIA MASIH MENGIKUT JADUAL DALAM MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU PADA TAHUN 2020 – @NajibRazak - pakdin.my

Perdana menteri berkata negara sememangnya sedang menuju ke arah itu khususnya mencapai status negara berpendapatan tinggi, dan konsep Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan beliau adalah bagi melakar hala tuju selepas tahun 2020.

“Oleh kerana kita semakin menghampiri tahun 2020, Malaysia memerlukan wadah baharu bagi meneruskan perjuangan membangunkan negara ini.

“Takkanlah pada tahun 2020 nanti, baru nak mula merancang. Kita perlu mulakan sekarang,” kata Najib menerusi rakaman ucapan di laman blog rasmi beliau najibrazak.com.

Najib berkata menjelang 2020, sudah banyak program dan rangka kerja seperti Rancangan Malaysia ke-11 dan Dasar Transformasi Nasional (DTN) dilaksanakan dalam usaha mencapai status negara maju.

Dalam pada itu Najib berkata TN50 akan bermula dengan penglibatan bersama generasi baharu yang akan diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Saya ingin menjemput generasi muda mengambil bahagian dalam merangka masa depan negara bersama-sama dengan beliau.

“Saya yakin anak muda kita mempunyai banyak buah fikiran dan tenaga untuk meneruskan perjuangan menjadikan Malaysia negara yang makmur dan berdaya saing,” kata Najib.

TN50 diperkenalkan oleh Najib dalam pembentangan Bajet 2017 pada Oktober lepas yang menjangkau proses dan gerak kerja selama tiga dekad bagi memeta hala tuju negara menjelang 2050.

Pada 2010, Najib turut memperkenalkan DTN bagi tempoh bermula 2011 hingga 2020 yang merupakan dasar pemetaan program transformasi sektoral kerajaan termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baharu Ekonomi.

2016120-najib-razak-negara-maju-2020

https://www.najibrazak.com/bm/audio-gallery/ucapan-perdana-menteri-mengenai-transformasi-nasional-50/


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Baru-baru ini dalam pembentangan Bajet 2017, saya telah mengumumkan Transformasi Nasional 50 atau TN50 sebagai program yang akan membawa ke arah pembangunan negara menjelang tahun 2050.

Ramai yang tengah tertanya-tanya apa akan jadi kepada Wawasan 2020. Ingin saya terangkan bahawa hendak atau tidak, Malaysia akan tetap melalui tahun 2020.

Banyak program-program dan rangka kerja seperti Rancangan Malaysia ke-11, Dasar Transformasi Nasional dan lain lain lagi adalah bertujuan untuk mencapai status negara maju bagi negara kita menjelang tahun 2020.

Malaysia sememangnya sedang menuju ke arah itu, khususnya mencapai status negara berpendapatan tinggi. Tidak ada isu dalam hal ini dan ingin saya tegaskan bahawa kita masih berjalan mengikut jadual untuk mencapai status negara maju.

Saya memperkenalkan TN50 ini kerana kita sentiasa perlu memandang ke hadapan.

Oleh kerana kita semakin menghampiri tahun 2020, Malaysia memerlukan wadah baru bagi meneruskan perjuangan membangunkan negara ini. Sudah tiba masanya kita melakar hala tuju negara selepas tahun 2020.

Takkanlah pada tahun 2020 nanti, baru nak mula merancang. Kita perlu mulakan sekarang.

TN50 ini akan bermula dengan engagement bersama generasi baru yang diketuai oleh Saudara Khairy Jamaluddin. Jadi saya ingin menjemput generasi muda mengambil bahagian dalam merangka masa depan negara bersama-sama dengan beliau.

Saya yakin anak muda kita mempunyai banyak buah fikiran dan tenaga untuk meneruskan perjuangan menjadikan Malaysia negara yang makmur dan berdaya saing.

Ambillah peluang ini.

Sekian sahaja dari saya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

UTAMANAJIB RAZAK TN50: MALAYSIA MASIH MENGIKUT JADUAL DALAM MENCAPAI STATUS NEGARA MAJU PADA...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium