Awas taktik penipuan scammer terkini, sentiasa berwaspada - pakdin.my

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC):

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan panggilan atau SMS yang diterima daripada pihak tidak dikenali dan mencurigakan.

Peringatan ini timbul susulan wujud tindakan oleh pihak tidak dikenali yang menyamar sebagai wakil dari sebuah syarikat penyedia perkhidmatan dan menawarkan wang sebanyak RM300 melalui Jaringan Prihatin. Para pengguna yang dihubungi itu bagaimanapun perlu memberikan nombor kad pengenalan, nombor kad ATM, tiga (3) nombor belakang kad ATM dan butiran peribadi mereka.

Sehubungan itu, MCMC menggesa orang awam untuk tidak memberi/mendedah maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali. Pada masa yang sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan.

Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat dan membuat aduan berhubung insiden penipuan (scam) kepada pihak PDRM CCID Scam Response Centre melalui talian 03-2610 1559/03-2610 1599 yang dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Dalam usaha untuk menangani insiden penipuan yang semakin berleluasa, MCMC dengan kerjasama pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi pada 14 Jun 2021 lalu telah menganjurkan Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Telekomunikasi melibatkan penipuan melalui panggilan telefon dan khidmat Pesanan Ringkas (SMS), dalam usaha untuk mendidik pengguna mengenal pasti aktiviti penipuan dan langkah-langkah yang boleh diambil dalam menghalang cubaan penipuan (scam) yang semakin berleluasa.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC
Twitter Rasmi MCMC

MAINKAN PERANAN ANDA!

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,

Salurkan Kepada Kami
TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

UTAMASEBENARNYAAwas taktik penipuan scammer terkini, sentiasa berwaspada

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium