Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Malaysia
24,565
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,201,559
Confirmed
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Indonesia
4,012,448
Recovered
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Indonesia
141,114
Deaths
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm

Thailand

Thailand
1,524,613
Confirmed
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Thailand
1,380,362
Recovered
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
Thailand
15,884
Deaths
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm

Global

All countries
231,011,165
Confirmed
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
All countries
205,996,135
Recovered
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm
All countries
4,735,346
Deaths
Updated on September 23, 2021 14:02 2:02 pm

Ayam Bersih Standard Dijual Serendah RM1.09 Sekilogram – 1pengguna.com

price-watch

Seperti tidak munasabah, tetapi harga ayam bersih super dan standard di pasar raya Ong Tai Kim di Plaza Sentul, Setapak di sini dilapor dijual serendah RM1.09 sekilogram Isnin.

Menurut portal pengguna www.1pengguna.com, pasar raya itu juga menjual ayam hidup sekilogram pada harga yang sama, selain udang putih ‘banana prawn’ saiz sederhana dijual RM4.99 sekilogram dan ketam renjang/bunga RM3.90 sekilogram.

Econsave Cash & Carry di Cheras dan pasar raya Jaya Grocer Cheras pula menjual harga ayam bersih standard pada kadar RM3.88 dan RM4.99 sekilogram.

Pada kebiasaannya, harga ayam bersih standard dijual pada harga antara RM5 dan RM7 sekilogram di pasar basah, pasaraya dan pasaraya besar di seluruh negara.

Di Johor, ikan cencaru bersaiz sederhana dijual serendah RM3.99 sekilogram di Econsave Cash & Carry di Yong Peng dan di pasar raya Kipmart, Masai menjual sebiji kelapa serendah RM1.40.

Portal itu turut menyatakan di Sabah, ikan kerisi bersaiz sederhana dijual serendah RM5 sekilogram di pasar umum Semporna dan sotong putih saiz sederhana dijual serendah RM4 sekilogram di pasar umum Bandar Sandakan.

Untuk ikan kembung hitam/hijau bersaiz sederhana, ia dijual pada harga RM1.99 sekilogram di Tesco Petaling Jaya, Selangor dan RM6.90 di pasar raya Sunshine Wholesale Mart di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Harga 10 biji telur ayam gred B pula dijual antara RM3.10 dan RM3.60 di Kedah, Melaka (RM3.20-RM3.60), Pahang (RM3.33-RM3.50) dan Terengganu (RM3.39-RM4).

Harga ayam bersih standard merupakan carian paling popular dalam kalangan pengguna portal berkenaan hari ini dan diikuti carian bagi harga hasil laut, minuman serta makanan kering.

Portal www.1pengguna.com bertujuan menjadi platform yang inovatif untuk interaksi, perbincangan isu dan perkongsian pendapat tentang isu-isu kepenggunaan antara pelbagai pihak.

Portal kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu juga bertujuan membimbing pengguna bagi mendapatkan barangan pada harga kompetitif dalam menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup.

Berkaitan