Bagaimana Isteri Nik Aziz Memperoleh Kekayaan - pakdin.my

 

 

harta nik azizMenteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam alasan pembelaannya menyatakan namanya hanya digunakan sebagai pemegang amanah ke atas hak milik tanah seluas 1.76 hektar di Bandar Baru Tunjong bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

14 lot tanah di atas nama Mursyidul Am PAS itu nilainya dianggarkan sekitar RM4 juta dan sekiranya status tanah ditukar dari tanah pertanian kepada komersial ia mampu mencecah nilai RM10 juta. Bukan kecil anak punya angka, memang cukup lumayan.

Itu baru melibatkan jajahan Kota Bharu. Sebelum ini, khalayak pernah digemparkan dengan pemilikan tanah oleh Nik Aziz melibatkan tanah lot di kawasan Lojing, Gua Musang yang termasuk dalam projek Ladang Rakyat.

Ia pernah didedahkan pada penghujung November 2012 yang lepas namun sampai saat ini belum juga ada respons sepatutnya dari MB Kelantan itu. Ada kemungkinan agaknya alasan sebagai ‘pemegang amanah’ akan digunakan juga jika isu itu menjadi hangat, tak mustahil.

Katakanlah alasan yang diguna pakai oleh Nik Aziz itu betul walau pun wujud keraguannya, kita nak tahu apa pula alasan Nik Aziz bila melihat nama isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut tercatat atas geran tanah sebagai pemilik untuk 13 lot tanah.

Di campur bersekali dengan 14 lot tanah atas nama Nik Aziz, keseluruhannya ada 27 lot tanah yang dimiliki atas nama MB Kelantan dan isterinya.

Persoalannya, adakah Datin Tuan Sabariah pun boleh diklasifikasikan sebagai pemegang amanah juga sama seperti suaminya? Bab ini sampai sekarang Nik Aziz kelu lidah tak mampu menjawabnya.

Hak milik tanah atas nama isterinya itu bertumpu di sekitar Kota Bharu termasuklah 2 lot daripada tanah itu terletak di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas untuk digunakan sebagai stesen minyak.

Selain itu, Tuan Sabariah juga memiliki hak ke atas dua unit rumah kedai di Taman Koperasi Tanjung Chat yang nilainya ratusan ribu ringgit, namun hingga sekarang juga Nik Aziz gagal memberi penjelasan munasabah bagaimana kekayaan itu diperoleh isterinya.

Keseluruhan nilai hartanah itu mencecah angka jutaan ringgit. Pastinya semua ini tidak datang bergolek dan ia memerlukan penjelasan lanjut yang serba kukuh. Apa pun alasannya kelak, tetap perlu ada siasatan lanjut bagi mengenal pasti dari mana sumber kekayaan isterinya.

Tiada siapa menyangka bahawa Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat sebenarnya memiliki sebanyak 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 hektar) di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini, dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.

Nilai tanah tersebut dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta sekiranya tanah berstatus tanah pertanian itu ditukar kepada komersial, mengambil kira pelbagai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan itu.

Selain Nik Abdul Aziz, isteri beliau, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

Kesemua tanah di atas nama Nik Abdul Aziz telah didaftarkan selepas tahun 1990, iaitu ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan.

 

 
 
 
 
 
UTAMAPOLITIKBagaimana Isteri Nik Aziz Memperoleh Kekayaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium