Baiah wakil rakyat PAS tak boleh tarik balik - pakdin.my

muktamar-pemuda-pas-nik-abduh

Bai’ah wakil rakyat PAS kepada parti itu tidak boleh ditarik balik kecuali bai’ah ahli kepada PAS.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bai’ah wakil rakyat bermaksud calon menerima amanah daripada PAS sebagai wakil rakyat PAS dengan janji setia memegang amanah bersama parti itu.

“Bai’ah ini tidak boleh dilanggar. Mereka telah mengambil daripada PAS, bukan memberi kepada PAS. Jika mahu langgar, hantar balik apa yang mereka ambil daripada PAS. Selepas itu, urusan mereka adalah dengan Allah.

Carilah fatwa dari serata dunia untuk membenarkan perlanggaran bai’ah oleh wakil rakyat PAS dan laksanakan jika berani.. No hal,” katanya dalam catatan di Facebook ketika isu bai’ah talak tiga wakil-wakil rakyat PAS berbangkit semula ekoran tindakan beberapa ahli dan pemimpin parti itu menyertai Gagasan Harapan Baru (GHB)..

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, bai’ah ahli PAS kepada PAS hanya bermaksud ahli Memberi kesetiaan mereka kepada PAS.

“Bai’ah ini boleh ditarik balik jika ahli itu mahu keluar PAS. Itu hak ahli. Caranya, tanyalah ahli ilmu,” katanya.

UTAMAPOLITIKBaiah wakil rakyat PAS tak boleh tarik balik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium