29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Bayangkan PRU Dibawah Pemerintahan Kerajaan PR

zul hasmi-calon kp-pas

Kemelut Pemilihan CEC DAP masih belum selesai walaupun telah hampir setahun berlalu.  Masalah perwakilan ‘hilang’ terus menghantui parti itu termasuk dalam pemilihan semula.   Diimbas kembali pemilihan parti PKR yang lalu turut menyaksikan keadaan huru-hara yang sama, atau mungkin lebih teruk lagi.  Dalam pemilihan PKR terdapat 160 aduan serta beberapa perletakan jawatan, tidak termasuk pergaduhan sehingga membawa kecederaan.

Kini, Muktamar PAS pula kecoh dengan berbagai-bagai ‘kejadian pelik’ seperti kelibat calon di bilik penyimpanan peti undi dan juga pengiraan yang memakan masa semalaman.

Jika DAP pada mulanya menyalahkan komputer, dan kemudiannya menyalahkan ROS dan UMNO, PAS pula sehingga setakat ini, masih lagi terpinga-pinga dan belum memutuskan siapa untuk disalahkan.

Dalam pemilihan CEC, DAP hanya perlu mengira 1,823 undi.  Dalam Muktamar PAS pula, PAS hanya perlu mengira 1,086 undi.  Walaupun jumlah undi begitu sedikit dan melibatkan kepentingan ahli-ahli sendiri, pengiraan undi dilihat sebagai amat sukar sekali selain dibayangi manipulasi.  Keadaan yang sama juga jelas berlaku dalam pemilihan PKR.

Bayangkan jika DAP, PAS dan PKR menjadi pemerintah dan perlu menangani proses pilihanraya yang melibatkan 13.3 undi.   Bayangkan, jika ahli parti sendiri juga dimanipulasi, apakah jaminan yang mereka tidak akan memanipulasi rakyat?

Kalaupun mereka tidak pernah memanipulasi undi, apakah jaminan yang mereka benar-benar tahu mengira?   Sedangkan mengira undi tidak sampai dua ribu pun huru-hara jadinya.

Kesimpulannya, rakyat tidak perlu melihat jauh untuk menilai kredibiliti dan integriti Pakatan Rakyat.  Tidak perlu bersusah payah menganalisa manifesto mereka atau menghalusi isu-isu yang mereka bangkitkan.

Cukuplah dengan mengambil proses pemilihan ketiga-tiga parti itu sebagai panduan.  Apakah sebuah parti yang tidak tahu mengira dan sanggup memanipulasi ahli sendiri mampu menjadi sebuah kerajaan yang berkesan?






Berita Berkaitan

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan