30 C
Kuala Lumpur
Friday, September 18, 2020

Beberapa syarikat Jerman mahu melabur RM1.5b di Malaysia

Beberapa syarikat Jerman menyatakan komitmen untuk melabur RM1.5 bilion dalam sektor semikonduktor dan kejuruteraan di Malaysia.

Hasrat itu disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan dan dialog dengan pemimpin perniagaan Jerman sempena lawatan rasmi tiga hari ke negara itu yang berakhir semalam.

Antara syarikat yang menyertai dialog itu, termasuk Atotech, AWS Schafer, BMW, Daimler, Osram, Volkswagen, Infineon, Bombardier Transportation, Ensinger, B Braun, Green Sugar dan Biesterfeld International.

Selain sesi dialog, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Ketua Pegawai Eksekutif X-Fab, Rudi De Winter; Presiden Muhlbauer, Josef Muhlbauer; Naib Presiden Kanan (Asia Pasifik & Afrika Selatan) BMW Group (Munich), Hendrik von Kuenheim dan Pengarah Strategik Pembangunan Perniagaan Aerodata AG, Dr Manfred Haverland.

“Saya nampak komuniti perniagaan Jerman mempunyai keyakinan tinggi terhadap Malaysia. “Ia bukan sahaja dalam perniagaan, ia turut dari segi dasar kerajaan yang sedang dilaksanakan dan kestabilan politik.

“Jika digabungkan faktor-faktor itu tahap keyakinan syarikat-syarikat Jerman di Malaysia adalah tinggi. Ini mendorong mereka menzahirkan hasrat menambah pelaburan di Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia di Berlin.

Lawatan Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Perusahaan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Dalam lawatan itu, kerjasama dan perdagangan dua hala menjadi fokus utama pertemuan Perdana Menteri dengan rakan sejawatannya, Canselor Angela Merkel di Berlin, kelmarin.

Najib turut mengadakan majlis dialog bersama kira-kira 30 pemimpin perniagaan Jerman, kelmarin bagi mendengar permasalahan dan cadangan mereka untuk menambah pelaburan di Malaysia.

Setakat ini, kerajaan sudah meluluskan 552 projek membabitkan pelaburan syarikat Jerman di Malaysia dengan nilai pelaburan keseluruhan mencecah AS$11.4 bilion (RM47.2 bilion).

Najib juga menyatakan potensi pasaran yang terbentuk melalui kerjasama Komuniti Ekonomi Asean turut menjadi faktor menarik syarikat Jerman memilih Malaysia.

Perdana Menteri juga melahirkan rasa bangga terhadap pembabitan firma Malaysia melalui Kumpulan Genting yang akan membina kapal persiaran terbesar di dunia serta dijangka siap pada tahun 2020.

Kapal persiaran termoden itu mempunyai kapasiti 10,000 penumpang dan 3,500 kru akan dibina di limbungan MV Werften milik Kumpulan Genting. Kumpulan itu yang membeli tiga limbungan di sini dengan pelaburan lebih RM1 bilion, tahun lalu turut menawarkan 6,500 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Sementara itu, Najib berkata, Malaysia dan Indonesia akan bersama menangani isu mendiskriminasikan produk minyak sawit di negara Kesatuan Eropah (EU).

“Salah satu teras strategi kita ialah memastikan pembangunan mampan dan ini termasuk dalam sektor sawit.

“Justeru tiada sebab pengguna di Jerman atau di mana saja sangsi dengan kelestarian pembangunan industri sawit Malaysia yang mengutamakan pemuliharaan alam sekitar.

“Kerajaan pandang berat isu melabel produk minyak sawit kerana ia memberi kesan negatif kepada industri sawit,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia juga akan bekerjasama memberi penerangan dengan menemui negara anggota EU untuk mengubah persepsi mereka terhadap industri sawit.

Beberapa pihak di Eropah berusaha meletakkan label ‘tanpa minyak sawit’ kepada produk yang mempunyai kandungan minyak sawit kerana industri sawit didakwa punca kemusnahan alam.

20160929-jerman-labur-1.5bil

Berita Berkaitan

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...
00:03:29

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan pada Ogos 2020, meningkat 24.7 peratus dari segi jumlah berbanding bulan yang sama tahun lalu,...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil kadar tarif elektrik bagi tahun depan berikutan penyusutan kos pengeluaran arang batu dan dan gas...

Media Prima dijangka catat untung

KUMPULAN media bersepadu, Media Prima Berhad (Media Prima) dijangka kembali mencatat keuntungan pada tahun kewangan 2021 dan 2022, demikian mengikut CGS-CIMB Securities International Pte...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?

Mukhriz jual 72,600 saham dalam Opcom

Berikutan penjualan itu, Mukhriz, pemegang saham utama dalam syarikat itu, kini hanya memegang 34.89 juta saham atau 21.64 peratus kepentingan, kata Opcom dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Komen

..

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Tiada sebab layan tuntutan Filipina terhadap Sabah – Hishammuddin

Malaysia tiada sebab untuk berunding dengan Filipina mengenai tuntutan negara itu ke atas Sabah kerana tidak pernah mengiktiraf tuntutan berkenaan. Pendirian itu diulangi Menteri Luar,...

PRN Sabah: Perikatan Nasional tiada rekod daftar parti

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Syed Badli Shah B. Syed Osman mempertikaikan status pendaftaran Perikatan Nasional yang bertanding di PRN Sabah. Berikut adalah kenyataan...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,343PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...