Bekas Timbalan Pengarah SB Akan Diberi Surat Tunjuk Sebab

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

Tak reti beRaja!

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Lucky Alamsyah segera diperiksa polisi terkait tudingan tabrak lari

Mudah-mudahan yang bersangkutan kooperatif untuk datang Jakarta (ANTARA) - Polda...

Wan Saiful ‘KOYAK’, hadkan komen pembaca di Facebook

Selepas Wan Saiful Wan Jan cuba ‘troll‘ Datuk Seri...

Saham Serba Dinamik jatuh pagi ini setelah melonjak tinggi semalam

Harga saham Serba Dinamik Holdings Bhd jatuh pada perdagangan...

abdul-hamid-bador-mahathir-mohamad

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB), Datuk Abdul Hamid Bador akan diberikan surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata sebagai pegawai polis, Abdul Hamid terikat dengan peraturan pasukan dan tidak boleh sembarangan mengeluarkan kenyataan kepada media.

Katanya, surat tunjuk sebab itu bagi memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan sebelum sebarang tindakan disiplin dan tatatertib dikenakan terhadapnya.

“Saya telah temui dan berbincang dengan beliau panjang lebar, tetapi saya tidak mahu ulas lanjut apa yang kami bincang. Saya percaya beliau bertindak demikian kerana rasa kecewa.

“Dalam pertemuan itu, saya juga telah mengingatkan yang beliau telah melanggar peraturan polis, kerana polis ada peraturan (mengenai), siapa yang boleh bercakap dengan media. Jadi kita terpaksa ambil tindakan disiplin dan tatatertib,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, Khamis.

Majlis pengurniaan pingat kepada 234 pesara polis yang pernah berkhidmat pada zaman darurat itu disempurnakan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Abdul Hamid yang membuat kenyataan media baru-baru ini tentang beberapa perkara termasuk soal pertukarannya ke Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kononnya ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang sering campur tangan dalam urusan pentadbiran pasukan polis.

“Saya sebagai Ketua Polis Negara, mentadbir pasukan polis. Tidak ada tangan yang beri arahan kepada pasukan saya, sebarang arahan adalah saya sendiri keluarkan.

“Kami melaksanakan polisi yang telah dibentuk oleh kerajaan tetapi sebarang pelaksanaan polisi ini adalah tanggungjawab saya sebagai ketua untuk arahkan anak buah untuk ikut peraturan,” katanya.

BACA juga:

Leave a Reply