29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 28, 2021

Bela Umat Islam Terpinggir Untuk Kukuhkan Akidah Mereka – NGO Islam

Jabatan Agama Islam Selangor

Sejumlah 22 badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Dewan Pemuda PAS pusat yang mengadakan persidangan meja bulat mengambil pendirian bahawa umat Islam yang terpinggir dan tercicir perlu dibela sebagai langkah memperkukuh akidah mereka.

Pengerusi sidang, Presiden Ikatan Ilmuan Nasional Dr Mohd Fuad Mohd Salleh berkata badan berkaitan harta amanah umat Islam seperti pusat atau lembaga zakat perlu cekap bertindak membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir agar kehidupan mereka lebih terbela.

“Kami mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut, termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah agama rakyat,” katanya semasa membacakan resolusi sidang itu.

Mereka juga sepakat untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam daripada diceroboh selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan peruntukan undang-undang sedia ada, termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad bagi menghalang orang Islam meninggalkan agamanya.

NGO berkenaan juga menggesa Jabatan Agama Islam Selangor dan pihak berwajib lain agar segera melakukan pendakwaan jika memang terdapat usaha memurtadkan umat Islam.

Mereka juga mendesak agar isu berkaitan akidah umat Islam tidak dimanipulasi dan diputar belit sehingga memecah-belahkan perpaduan.

Mereka juga bersepakat untuk bergabung demi membela Islam, dan platform meja bulat akan menjadi forum menemukan semua pihak daripada pelbagai jaluran pemikiran masyarakat dan parti politik bagi meninggikan martabat Islam di negara ini.

Antara NGO yang hadir ialah Pimpinan, Sekretariat Pemuda Perihatin, Yayasan Kepimpinan Malaysia, Ummah Prihatin Malaysia, Pro-Guam, Perubatan Islam Darus Syifa’, I-Ikatan Khidmat Muslim, Usrah Kebajikan Profesional, Umah Care dan Tabung Kebajikan Al-Masakin.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Melayu mesti bersatu untuk menjadikan Islam terus hidup di Malaysia ini. No more Politikang. Ulamak Cap A dan B mesti seia sekata dalam mengeluarkan pendapat dan Fatwa. Orang Melayu dah cukup pening dan bingung. Kita semua akan ditanya dihadapan Allah untuk menjawan isu ini.

Leave a Reply to ali Membatalkan balasan

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.