Belanja Mengurus Naik, Tapi Prestasi Pelaburan P. Pinang Merosot - pakdin.my

Pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dibidas gagal menguruskan pelaburan walaupun perbelanjaan pengurusan meningkat mendadak sehingga 2014 lalu.

limguanengParti Gerakan mendakwa jumlah pelabur asing melabur di Pulau Pinang semakin merosot berikutan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berterusan memburukkan imej negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Liang Teck Meng, berkata statistik Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan prestasi pelaburan Pulau Pinang semakin merosot sejak tahun 2011 hingga sekarang.

“Kedudukan Pulau Pinang dari aspek pelaburan asing semakin jatuh dari tangga pertama pada tahun 2010 dan 2011 kepada tangga kelima pada tahun lalu serta dijangka terus susut,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Lebih mengejutkan, kos pengurusan negeri pula naik mendadak tetapi ia tidak pula membantu meningkatkan pelaburan dalam negeri itu.

“Pada masa sama, kita terkejut melihat kos pengurusan negeri naik mendadak sehingga berkali ganda daripada RM283.15 juta pada tahun 2008 hingga RM745.54 juta pada tahun 2014,” katanya.

Teck Meng berkata, Guan Eng adalah Ketua Menteri berprestasi paling rendah dalam pengurusan ekonomi negeri sehingga ekonomi Kelantan lebih baik daripada negeri itu.

Sehubungan itu, katanya, beliau perlu berjumpa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) secepat mungkin untuk membincangkan langkah diambil bagi mengembalikan ekonomi negeri ke landasan yang betul.

“Beliau juga perlu mendapatkan nasihat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai seorang pakar ekonomi dalam DAP untuk menjelaskan prestasi sebenar ekonomi semasa Pulau Pinang,” katanya.

lim-guan-eng-naik-cukai

UTAMAPOLITIKBelanja Mengurus Naik, Tapi Prestasi Pelaburan P. Pinang Merosot

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium